Utusan Borneo (Sarawak)

ASLI DAN SELAMAT

Semua produk susu tepung bayi dan kanak-kanak yang dijual di Sarawak adalah selamat untuk digunakan.

- BERITA DI MUKA

KUCHING: Semua produk susu tepung untuk bayi dan kanak-kanak yang dijual di negeri ini adalah selamat digunakan.

Jaminan ini diberi Ketua Kesihatan Awam, Kementeria­n Kerajaan Tempatan Dr Cheong Yaw Liang sambil menjelaska­n bahawa setakat ini tiada laporan atau penemuan susu tepung palsu yang dibuat.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang membeli susu tepung untuk anak- anak mereka kerana susu tepung bayi dan kanak- kanak yang dijual di Sarawak semua asli dan selamat, tiada susu tepung palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan pemerik- saan bersama Unit Kawalan Kualiti dan Keselamata­n Makanan Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) serta Kementeria­n Kesihatan ke atas produk susu tepung bayi dan kanak- kanak di Servay Hypermarke­t di sini, semalam.

Menurut Dr Cheong, pemeriksaa­n di Servay Hypermarke­t merupakan tindakan yang pertama dilakukan di negeri ini untuk memastikan tiada penjualan susu tepung palsu.

Justeru, beliau berkata tindakan proaktif yang diambil itu akan diteruskan ke semua pasar raya termasuk kedai runcit di seluruh Sarawak dari semasa ke semasa.

“Kami akan pergi ke semua pasar raya dan kedai tanpa memakai pakaian seragam untuk memastikan semua susu tepung yang dijual adalah selamat,” katanya.

Dr Cheong menambah kata, susu tepung yang diperiksa juga akan diambil sampel untuk diuji rumusannya bagi memastikan ia benar-benar asli dan berkualiti.

Sementara itu, Pengurus Besar Servay Hypermarke­t Bong Teck Pyng juga memberi jaminan bahawa semua susu tepung yang dijual mereka adalah asli dan selamat.

“Kami mendapatka­n bekalan susu tepung daripada ejen yang sah dan turut mempamerka­n surat jaminan daripada ejen bahawa susu tepung yang dijual adalah benar- benar asli,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSU TULEN: Dr Cheong (kiri) bersama Bong (dua kanan) dan yang lain menunjukka­n susu tepung yang asli dan selamat digunakan, yang dijual di Servay Hypermarke­t.
SUSU TULEN: Dr Cheong (kiri) bersama Bong (dua kanan) dan yang lain menunjukka­n susu tepung yang asli dan selamat digunakan, yang dijual di Servay Hypermarke­t.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia