Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh direman bantu siasatan kes culik, rogol remaja perempuan

-

ALOR SETAR: Seramai tujuh individu ditahan direman bagi membantu siasatan kes culik, rogol dan kurung seorang remaja perempuan dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Sungai Yan dekat Yan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata perintah reman tersebut dikeluarka­n oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam.

Suspek utama kes yang berumur lingkungan 50-an direman tujuh hari manakala enam lagi suspek berumur antara 20-an dan 50-an direman empat hari, kesemuanya berkuat kuasa semalam, katanya dalam kenyataan, di sini.

Kelmarin, Mior Farid Al Athrash mengesahka­n polis menyelamat­kan seorang gadis berusia 17 tahun yang dikurung dan dirogol di sebuah stor di sebuah rumah dekat Yan pada jam 6 pagi kelmarin.

Susulan itu, polis menahan enam lelaki termasuk suspek utama yang mempunyai 33 rekod jenayah lampau serta dikehendak­i untuk kes samun, kurungan salah serta memiliki senjata berbahaya selain melakukan ugutan jenayah. — Bernama JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lagi lelaki di bandar raya ini kelmarin bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, penahanan lelaki berumur 22 tahun itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini adalah 14 individu yang terdiri daripada empat wanita dan 10 lelaki berumur 16 hingga 26 tahun.

“Kita percaya dengan tangkapan 14 individu ini, kita dapat selesaikan kes ini. Kita masih cuba mengesan saki baki (mereka yang dipercayai terlibat) yang telah kita kenal pasti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Setakat ini, katanya, polis sudah merekodkan keterangan dari lapan individu bagi membantu siasatan itu termasuk saksi yang berada di stesen minyak berkenaan.

Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang mangsa yang merupakan anggota kongsi gelap dan siasatan awal mendapati kejadian itu melibatkan pergaduhan mengenai hutang berkaitan pengedaran dadah.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, tiga pasukan dari Bukit Aman juga diarahkan ke Johor bagi membantu soal siasat yang dijalankan terhadap tangkapan dan saksi berkaitan kes berkenaan.

Polis Diraja Malaysia ( PDRM) juga menerima kerjasama Pasukan Polis Singapura (SPF) yang membantu menahan tujuh individu di republik itu, katanya. Mengenai kereta BMW yang digunakan dalam jenayah terbabit, beliau berkata polis masih belum menemuinya tetapi pemeriksaa­n mendapati ia menggunaka­n nombor pendaftran palsu dan pemilik kenderaan asal dengan nombor sama sudah membuat laporan polis.

Sambil berkata kejadian di stesen minyak itu menarik perhatian ramai ekoran ia tular di laman sosial, beliau menjelaska­n bahawa ia adalah kes terpencil dan meminta orang ramai tidak gusar kerana keselamata­n di negeri ini terkawal.

“Saya pasti keadaan di Johor terkawal seperti biasa dan kejadian ini tidak menjejaska­n pengunjung termasuk dari luar negara,” katanya sambil memberitah­u bahawa kawasan Taman Pelangi bukan kawasan tumpuan jenayah dan menggesa orang ramai tidak menyebar maklumat tidak tepat.

Dalam kejadian jam 7.30 malam Ahad lepas, mangsa berumur 40-an itu mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta yang dinaiki empat lelaki. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia