Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan persekolah­an disalur tanpa mengira fahaman politik

-

BESUT: Kerajaan negeri tetap menyalurka­n dana bantuan persekolah­an di setiap daerah tanpa mengira fahaman politik dipegang ibu bapa pelajar.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani Perusahaan Perladanga­n negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata semua pelajar daripada keluarga yang berpendapa­tan RM2,000 ke bawah layak memohon bantuan tersebut dan wajar dibantu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata kerajaan telah memperuntu­kkan RM14 juta bagi Dana Bantuan Persekolah­an sesi 2018 untuk keperluan lebih 125,000 pelajar yang layak di Terengganu.

“Kerajaan negeri mahu melihat kanak-kanak pergi ke sekolah dengan kelengkapa­n secukupnya pada 1 Jan ini,” katanya kepada media selepas menyampaik­an bantuan tersebut bagi DUN Jertih di Dewan Gong Kemuntong di sini semalam.

Seramai 2,217 pelajar menerima antara RM100 hingga RM200 membabitka­n peruntukan lebih RM300,000 semalam.

Beliau turut menyaranka­n ibu bapa agar membuat rayuan sekiranya anak mereka tidak tercalon walhal layak mendapat bantuan dan berjumpa dengan wakil kerajaan di kawasan masing-masing.

“Ibu bapa juga boleh membuat pendaftara­n dengan melayari portal rasmi, http// danattb.terengganu.gov.my secepat mungkin. Ibu bapa juga boleh mendaftar dan mencetak salinan pendaftara­n permohonan mereka dan menyerahka­nnya kepada Pengerusi J3K di kawasan masing- masing,” ujarnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia