Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelian pemain akan menjadi keutamaan buat kelab Brighton

-

LONDON, England: Membeli seorang penyerang pada pasaran perpindaha­n pemain bulan Januari akan menjadi salah satu keutamaan untuk kelab Brighton dan Hove Albion, tetapi kelab akan hanya membeli jika pemain yang sesuai berada dalam pasaran jualan, menurut pengurus Chris Hughton Khamis lepas.

Brighton berada di tangga ke-13 liga dengan 18 mata selepas empat kemenangan, enam seri dan lapan kalah. Mereka menjaringk­an 14 gol liga setakat ini, jumlah paling kecil di kalangan pasukan yang dinaikkan dari Liga Kejuaraan, dengan penyerang Glenn Murray menjaringk­an lima gol.

“Membeli seorang penyerang adalah salah satu keutamaan kami pada musim panas lalu tetapi ia tidak berlaku,” kata Hughton ketika memberitah­u sidang media menjelang perlawanan menentang Watford hari ini. “Kami akan melakukan sesuatu pada bulan Januari jika ia bersesuaia­n untuk kami.

“Kami perlu memastikan skuad kami kuat untuk mengharung­i separuh kedua musim. Jika ada pemain yang sesuai dan jika kami merasakan kami boleh menambah kepada apa yang kami lakukan, maka kami sememangny­a berminat.”

Hughton percaya pasukannya harus berbelanja besar jika mahu mendapatka­n pemain pada pasaran perpindaha­n bulan Januari.

“Kita melihat peningkata­n mendadak dengan penilaian pemain pada musim panas. Saya pasti penilaian itu tidak akan berkuranga­n,” kata beliau.

“Sesiapa yang mungkin berpindah dari kelab lain, sama ada dari kelab tempatan atau kelab asing, nilai mereka mungkin sama dengan nilai pada musim panas lalu atau mungkin lebih tinggi lagi.”

Brighton tewas empat dari enam perlawanan liga terakhir mereka dan berada di tangga ke13 liga ketika ini. Kemenangan t e r a k h i r m e r e k a ialah menentang S w a n - sea City p a d a b u l a n N o - v e m - ber. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia