Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga diingat patuhi harga kawalan SKHMP sempena Krismas

-

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King mengingatk­an peniaga supaya mematuhi harga kawalan.

Katanya, peniaga harus mematuhi harga barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Krismas 2017 seperti diumumkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Sementara pengguna pula dinasihati mengambil tahu harga barang kawalan ditetapkan agar adil untuk kedua-dua pihak iaitu antara peniaga dan pengguna,” katanya ketika melancarka­n SKHMP bagi Sibu, Kanowit dan Selangau di sini semalam.

Hadir sama Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sibu Bahamil Azizul, Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sibu Norhakimi Ismail, pemilik Pasa Raya Kim Hock Kong Hua Ming dan Pemangku Pegawai Daerah Sibu Zulkarnain Ismail.

Sementara itu, menurut kenyataan akhbar SKHMP Hari Krismas 2017 dilaksanak­an di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 bermula 23 hingga 27 Disember.

Senarai barangan harga terkawal ditetapkan di bawah skim ini adalah sebanyak 16 jenis.

Barangan tersebut ialah ayam hidup pada harga RM6.70 satu kilogram (kg), ayam standard (RM8.50 per kg), ayam super (RM9.50 per kg), ayam tua hidup (RM9.50 per kg), ayam belanda (RM30 per kg) dan kepak ayam (RM12 per kg).

Bagi daging kambing import, harga yang ditetapkan adalah RM30 per kg.

Manakala telur ayam gred A harga 39sen sebiji, gred B 38sen sebiji dan gred C pada harga 37sen sebiji.

Sementara itu, tomato dan lada benggala hijau masing-masing RM7 dan RM13 per kg.

Untuk harga daging babi ( perut) sekilogram ialah RM19.50 dan RM18.50 per kg untuk daging dan lemak.

Selain itu, pegawai penguatkua­saan KPDNKK berada di lokasi-lokasi menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan.

Ini adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambila­n keuntungan berlebihan oleh peniaga-peniaga tidak beretika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia