Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah terbakar, penghuni tinggal sehelai sepinggang

Rumah Muli Hamid terbakar dalam kejadian di Jalan Kampung Pengkalan Lutong 4, semalam

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Kampung Pengkalan Lutong 4, di sini petang semalam.

Rumah milik Muli Hamid, 52, dilaporkan terlibat kebakaran kira-kira jam 1 petang.

Semasa kejadian, tiada penghuni berada di rumah kerana mangsa bersama isterinya berada di Mukah dan seorang anak lelakinya yang berusia 24 tahun pergi kerja.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata kebakaran melibatkan sebuah rumah setingkat jenis tidak kekal berkeluasa­n 20

Kebakaran itu mengakibat­kan rumah tersebut terbakar 100 peratus namun tidak melibatkan sebarang kecederaan. Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong Ketua JBPM Zon 6 Miri

kaki x 30 kaki.

“Kebakaran itu mengakibat­kan rumah tersebut terbakar 100 peratus namun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Bomba bertindak memadamkan kebakaran itu menggunaka­n sumber air dari jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diketuai Pega- wai Bomba Kanan II (PBK II) Luang Ganggang digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

Selain itu, empat anggota BBP Miri diketuai PBK II Narain Singh turut ke lokasi bagi membantu memadamkan kebakaran.

Difahamkan ini merupakan kali kedua rumah terbabit terlibat dalam kebakaran.

 ??  ?? MUSNAH: Sebuah rumah musnah sepenuhnya selepas dijilat api semalam.
MUSNAH: Sebuah rumah musnah sepenuhnya selepas dijilat api semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia