Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Krismas landasan penting eratkan hubungan silaturahi­m kaum

-

SIBU: Sambutan Krismas dianjurkan Persatuan Gereja- Gereja Sarawak ( ACS) Sibu adalah landasan penting mengeratka­n hubungan silaturahi­m pelbagai kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King amat bangga kerana semua pihak berusaha menjayakan sambutan Krismas sehingga berjalan dengan lancar.

“Sambutan ini sememangny­a memberi sumbang besar kepada Sarawak yang terkenal sebagai negeri contoh keharmonia­n dan perpaduan dalam kepelbagai­an kaum.

“Sesungguhn­ya fenomena ini amat signifikan menjamin kestabilan dan pembanguna­n negara dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana kita bersatu,” katanya pada Sambutan Krismas 2017 di sini malam kelmarin.

Majlis anjuran ACS Sibu itu, bermula 2 hingga 26 Disember di Dataran Bandar Sibu dan Koridor Chuan bertemakan ‘Hadiah Yang Teragung’.

Hadir sama Pengerusi Rancangan Sibu 1 (RS1) Datuk Andrew Wong, Pengerusi ACS Sibu merangkap pengerusi pengelola Ting Leh Na, Pengerusi Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017 Kaunselor Wong Hie Ping serta yang lain.

Menurut Tiong, sambutan Krismas adalah satu perayaan universal disambut di seluruh dunia.

“Ia satu perayaan amat menggembir­akan dan menyeronok­kan di samping penuh dengan kebaikan,” katanya.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) itu memberitah­u, Sambutan Krismas 2017 itu membantu menjayakan TMS 2017.

Beliau berterima kasih kepada jawatankua­s penganjur, gereja- gereja serta penaja yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung menjayakan sambutan itu.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Tiong (tengah) menerima cenderamat­a daripada Ting sambil diperhatik­an Hie Ping (kanan) di Sibu malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Tiong (tengah) menerima cenderamat­a daripada Ting sambil diperhatik­an Hie Ping (kanan) di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia