Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai aktiviti ekonomi bakal dilaksana di Parlimen Batang Sadong

-

SIMUNJAN: Pelbagai aktiviti ekonomi bakal dilaksanak­an di kawasan Parlimen Batang Sadong mulai tahun depan bagi meningkatk­an taraf sosioekono­mi penduduk setempat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif itu turut akan memberi tumpuan kepada pembanguna­n usahawan wanita di kawasan tersebut yang terkenal dengan produk makanan dan hasil kraf tangan mereka.

Meskipun ramai usahawan wanita tersebut aktif melakukan perniagaan serta pemasaran secara atas talian (online), namun beliau mahu melihat mereka juga berjaya menembusi pasaran luar.

“Jadi, bagi memastikan kita dapat membantu usahawan-usahawan ini, saya bersama agensi-agensi kerajaan terutama Agensi Inovasi Malaysia sedang merancang beberapa aktiviti ekonomi yang dapat meningkatk­an taraf ekonomi setempat.

“Insya-Allah tahun depan kita akan melaksanak­an program pembanguna­n ekonomi yang telah kita rencanakan untuk Parlimen Batang Sadong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa kunjungan ke rumah terbuka sempena Hari Krismas di Kampung Semalatong B, Ulu Simunjan, di sini, semalam.

Tambah beliau, antara program yang telah dijalankan oleh Agensi Inovasi Malaysia ialah Program Gigih yang disertai kebanyakan wanita di kawasan Batang Sadong.

“Saya harap dengan rancangan ini kita mampu membantu meningkatk­an pendapatan isi rumah penduduk setempat,” katanya.

Terdahulu, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong melakukan kunjungan rumah terbuka di dua kedia- man di Kampung Semalatong B di Ulu Simunjan di sini.

Kunjungan itu membabitka­n kediaman Ahli Majlis Daerah Simunjan Kaunselor Margaret Mamut dan Temenggung Bahagian Samarahan Anthony Nyipa.

Nancy bersama rombongann­ya kemudian disajikan dengan hidangan makanan dan persembaha­n nyanyian karaoke daripada ahli keluarga di kediaman tersebut.

Pada kunjungan itu, Nancy turut menyampaik­an bantuan peribadi kepada mangsa ribut, Ramzi Abdullah@Juel Tulong yang terjejas akibat ribut pada 17 Disember lalu.

 ??  ?? MUHIBAH: Nancy berbual mesra dengan Anthony semasa berkunjung ke rumah terbukanya sempena Hari Krismas di Kampung Semalatong B di Ulu Simunjan, semalam.
MUHIBAH: Nancy berbual mesra dengan Anthony semasa berkunjung ke rumah terbukanya sempena Hari Krismas di Kampung Semalatong B di Ulu Simunjan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia