Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat digesa lebih proaktif memastikan kesinambun­gan pembanguna­n

-

SIMUNJAN: Pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen Batang Sadong digesa memainkan peranan lebih proaktif dalam memastikan kesinambun­gan pembanguna­n di kawasan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehubungan itu, mereka perlu bekerja rapat dengan kerajaan terutama dalam pelaksanaa­n dasardasar ekonomi digital.

“Kerjasama seumpama ini sangat penting dalam usaha kita mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi di Parlimen Batang Sadong yang merupakan salah satu kawasan luar bandar di negeri Sarawak.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya mohon ketua kampung, tuai rumah, penghulu, pemanca atau temenggung melaksanak­an tanggungja­wab mereka sebaik mungkin demi manfaat kita bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa melakukan kunjungan sempena Hari Krismas di Kampung Semalatong B, Ulu Simunjan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Nancy memberitah­u bahawa kerajaan persekutua­n telah memberi peruntukan sejumlah RM6 juta untuk pelaksanaa­n projek kecil luar bandar (MRP) seperti projek menaik taraf jalan kampung dan sebagainya untuk Parlimen Batang Sadong pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, katanya pihaknya membelanja­kan sejumlah RM5.4 juta setakat ini.

“Sementara bakinya pula akan digunakan untuk bantuan kecemasan kepada penduduk di sini, yang melibatkan seperti bantuan bencana dan sebagainya,” ujarnya.

Kata Nancy, peruntukan itu membuktika­n bahawa kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) sentiasa komited membantu rakyat dalam apa jua situasi.

“Dan kerana itu, saya menyaranka­n semua penduduk terutama di kawasan ini terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.

 ??  ?? KUNJUNGAN KRISMAS: Nancy menjamu selera semasa berkunjung ke rumah Margaret sempena Sambutan Hari Krismas di Kampung Semalatong B di Ulu Simunjan, semalam.
KUNJUNGAN KRISMAS: Nancy menjamu selera semasa berkunjung ke rumah Margaret sempena Sambutan Hari Krismas di Kampung Semalatong B di Ulu Simunjan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia