Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan lalui beberapa prosedur antara faktor penerbanga­n Hong Kong-Kuching ditamatkan

-

KUCHING: Kesulitan seperti perlu melalui beberapa prosedur sebelum berlepas oleh penumpang dari tanah besar China di Hong Kong antara faktor menyumbang kepada penerbanga­n terus Hong Kong-Kuching tidak lagi diteruskan.

Timbalan Konsulat Jeneral China di Kuching Zhang Yang berkata, sebelum ini penumpang termasuk dari Shenzhen yang mahu ke Sarawak menerusi penerbanga­n Hong Kong- Kuching mengalami kesulitan.

“Hong Kong memang sebahagian daripada China tetapi ia mempunyai sedikit perbezaan berbanding bandar raya dari tanah besar seperti Beijing dan Shanghai serta tempat lain.

“Bagi rakyat dari tanah besar ke Hong Kong mereka perlu melalui beberapa prosedur seperti memohon pas khas sebelum penerbanga­n dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan penumpang dari penerbanga­n terus AirAsia Shenzhen-Kuching pertama yang disempurna­kan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Zhang berkata sebelum ini lahir kebimbanga­n dalam kalangan penumpang bahawa penerbanga­n terus dari negara itu ke Kuching tidak akan berkekalan.

Tapi katanya, kini berbeza kerana penumpang dari Shen- zhen tidak perlu melalui prosedur memandangk­an penerbanga­n terus ke Sarawak sudah ada, yang sekali gus memberi keselesaan kepada mereka.

Beliau berkata penerbanga­n terus dari Shenzhen itu bukan sahaja menjimatka­n masa penumpang iaitu hanya empat jam tetapi paling penting keselesaan penumpang.

Bukan itu sahaja katanya, penumpang dari Hong Kong yang menggunaka­n Shenzhen tidak memerlukan pas khas sekali gus bakal membawa lebih ramai pelancong dari Hong Kong.

Zhang juga percaya dengan perbezaan tarikan pelanconga­n antara bandar raya Kuching dan Shenzhen akan mengukuhka­n lagi penerbanga­n terus dari negara itu ke Sarawak.

“Sarawak menawarkan ta- rikan seperti kebudayaan, pengembara­an dan alam semula jadi yang menarik minat rakyat Shenzhen yang tinggal di tempat berbeza, iaitu lebih moden dan canggih.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, rakyat di keduadua negeri (Sarawak dan Shenzhen) mempunyai sikap ingin tahu yang berbeza di mana di Shenzhen ia menawarkan bandar raya moden dan berteknolo­gi tinggi,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya sikap ingin tahu bagi tarikan pelanconga­n kedua-dua tempat berpanjang­an ia menyumbang kepada penerbanga­n berkekalan bagi Shenzhen-Kuching.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Datuk Abdul Wahab Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia