Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia sambut penerbanga­n sulung dari Singapura ke Bintulu

-

BINTULU: AirAsia menyambut penerbanga­n antarabang­sa sulung dari Singapura ke Bintulu serta dari Shenzen ke Kuching semalam.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin mengucapka­n tahniah kepada AirAsia melancarka­n dua penerbanga­n antarabang­sa tersebut dan berharap syarikat penerbanga­n lain membuka laluan penerbanga­n ke Sarawak.

“Saya mengadakan perbincang­an ringkas dengan pengurusan AirAsia dengan harapan mendapat lebih banyak penerbanga­n antarabang­sa dari China pada 2018,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Bintulu (LTB) di sini semalam.

Beliau berkata, Bintulu bandar industri pantas berkembang dengan populasi 230,000 orang mengikut statistik 2015 dan berdasarka­n Malaysia Airport Berhad (MAHB) tahun lalu sejumlah 804,000 penumpang menggunaka­n LTB.

“Pada Januari hingga November tahun ini sejumlah 840,000 penumpang menggunaka­n LTB dan terdapat empat penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur setiap hari melibatkan dua pesawat AirAsia dan dua pesawat Malaysia Airlines ( MAS) termasuk pesawat AirAsia dari Kuching ke Bintulu.

“Dalam tempoh satu hari terdapat tujuh pesawat men- darat di Bintulu dan 16 penerbanga­n ke Bintulu,” jelasnya ketika menyambut penerbangs­an sulung SingapuraB­intulu yang tiba jam 11 pagi di sini semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak Datuk Abdul Wahab Aziz, Pengarah Perkhidmat­an Korporat merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak Mary Wan Mering, Pengarah Perhubunga­n Kerajaan AirAsia Berhad Zamani Mohd Rafique dan Ketua Komersil AirAsia Berhad Spencer Lee.

Kekerapan penerbanga­n ke Bintulu itu mampu menam- pung keperluan pelabur dan perniagaan di sini.

Menurutnya, dianggarka­n RM20 bilion pelaburan di Taman Perindustr­ian Samalaju dengan tujuh kilang besar telah beroperasi termasuk dari China, Korea, Jepun, Singapura, Afrika Selatan serta tiga industri besar masih dalam pembinaan dengan keseluruha­nnya 10 industri besar beroperasi di sini.

“Terdapat potensi besar ahli-ahli perniagaan datang ke Bintulu khususnya antarabang­sa mengembang­kan rangkaian perniagaan mereka serta melihat potensi pelanconga­n di sini yang memiliki Taman Negara Similajau dan lokasi tidak jauh dari Taman Negara Niah termasuk Taman Negara Lambir di Miri.

“Selain itu, laluan itu membantu pembanguna­n Bintulu sebagai tarikan pelanconga­n, mengangkat tarikan sumber asli di Bakun termasuk aktiviti pelanconga­n seperti Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) dan lain-lainnya,” jelas beliau.

Justeru, usaha dilakukan untuk mempromosi produk pelanconga­n di sini dengan kerjasama AirAsia serta mempromosi Bintulu destinasi pelanconga­n menarik serta membawa ahli perniagaan ke Bintulu.

Beliau berkata, kerajaan negeri berbincang dengan syarikat-syarikat penerbanga­n untuk mewujudkan penerbanga­n terus ke Sarawak dan AirAsia pantas merealisas­ikan manakala syarikat- syarikat lain masih dalam pertimbang­an.

“Kami berharap lebih banyak syarikat penerbanga­n lain akan melaksanak­annya namun mengambil masa kerana mereka perlu membuat kajian dari segi bilangan penumpang dan pelancong datang ke Sarawak.

“Perlu dibuat promosi besar-besaran di negara China dan saya mengadakan lawatan ke China beberapa kali dan penduduk di China tidak mengetahui kedudukan Sarawak dan memikirkan Sarawak berada di Sabah,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya berbincang dengan AirAsia berusaha bersama mempromosi dan pemasaran lebih hebat di Shenzen, Guangzhou dan beberapa wilayah negara terbabit supaya ada penerbanga­n dari bandar lain di China.

Jelasnya, pelancong China suka penerbanga­n secara langsung dan mereka tidak suka penerbanga­n transit terpaksa berhenti menggunaka­n pesawat lain sekali gus melalui penerbanga­n secara langsung dari Shenzhen ke Kuching meningkatk­an bilangan pelancong dari China ke Sarawak.

“Ini adalah pesawat pertama datang terus dari tanah besar China, kalau dahulu penerbanga­n dari Hong Kong tetapi perlu menggunaka­n pas perjalanan ke Hong Kong sebelum ke negara ini tetapi sekarang keadaannya semakin mudah kerana pelancong dari negara itu dapat terbang terus dari Shenzen, China ke Sarawak,” jelasnya.

Katanya, pada 2016 bilangan pelawat termasuk pelancong dan peniaga datang ke Bintulu menggunaka­n LTB ialah 120,613 orang dan majoriti adalah dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan selebihnya dari beberapa negara berbeza seperti Singapura, New Zealand, Brunei, Filipina, Indonesia, Jepun, Korea dan sebagainya.

 ??  ?? MENDARAT: Penerbanga­n sulung pesawat AirAsia dari Singapura ke Bintulu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu sambil disembur dengan air sebagai acara sambutan, sekitar jam 11 pagi semalam.
MENDARAT: Penerbanga­n sulung pesawat AirAsia dari Singapura ke Bintulu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu sambil disembur dengan air sebagai acara sambutan, sekitar jam 11 pagi semalam.
 ??  ?? CERIA: Lee menyambut ketibaan penumpang pesawat AirAsia dalam penerbanga­n terus dari Singapura ke Bintulu di Lapangan Terbang Bintulu semalam.
CERIA: Lee menyambut ketibaan penumpang pesawat AirAsia dalam penerbanga­n terus dari Singapura ke Bintulu di Lapangan Terbang Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia