Utusan Borneo (Sarawak)

1,257 pek makanan diagihkan kepada mangsa melibatkan 435 pintu dari 15 rumah panjang

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seramai 2,507 mangsa banjir dari 15 rumah panjang sekitar Sungai Saeh, Niah dalam daerah kecil Sibuti menarik nafas lega selepas menerima bantuan bekalan makanan dalam proses penghantar­an pertama semalam.

Sebanyak 1,257 pek makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan dan diagih kepada mangsa banjir melibatkan 435 pintu dari 15 rumah panjang.

Rumah panjang sekitar Saeh yang menerima bantuan ialah Rumah Ayai, Rumah Danggang, Rumah Limbang, Rumah Untol, Rumah Pilet, Rumah Sikun, Rumah Linan, Rumah Jelani, Rumah Nyala, Rumah Nelson, Rumah Suring, Rumah Mentali, Rumah Sumob, Rumah Edward dan Rumah Webstar.

Penghantar­an bantuan bekalan makanan itu melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Daerah Subis Husini Bakir ketika dihubungi berkata setakat jam 4 petang, banjir di Saeh berada dalam keadaan terkawal dan semakin baik.

“Bantuan makanan dilapor-

Bantuan makanan dilaporkan tiba di balai raya Rumah Mentali petang tadi (semalam) dan pihak terlibat mengagihka­n makanan terpaksa memasuki Saeh menggunaka­n kenderaan seberat tiga tan. Husini Bakir Pegawai Daerah Subis

kan tiba di balai raya Rumah Mentali petang tadi (semalam) dan pihak terlibat mengagihka­n makanan terpaksa memasuki Saeh menggunaka­n kenderaan seberat tiga tan.

“Selain itu, keadaan air di Tiris dilaporkan menaik manakala Bulau kekal. Bagi ban- tuan makanan di kedua-dua kampung terbabit, kita cuba hantar hari ini (semalam) jika tidak sempat akan dihantar esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, laporan Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak setakat jam 4 petang semalam, menyatakan bahawa sebanyak 17 kawasan baharu sekitar daerah Subis dilaporkan mengalami banjir semalam.

Kawasan terbabit ialah Kampung Sinop, Kampung Hunai Niah, Rumah Nandak Sungai Saeh, Rumah Webster Rangkong, Kampung Dagang Niah, Rumah Daggang Sungai Saeh Niah, Rumah Edward Chai Sungai Merebong, Kampung Tegageng, Kampung Iran Suai, Kampung Baru Suai, Kampung Muhibbah, Rumah Boniface Niah, Rumah Bulin Niah, Kampung Lajung, Kampung Padang Niah, Rumah Maling Gudom Niah dan Kampung Kuala Suai.

Dianggarka­n kira- kira 3,000 penduduk dari 17 kampung dan rumah panjang terjejas akibat banjir di kawasan tersebut semalam.

 ??  ?? BANTU RAKYAT: Bekalan makanan sampai dan diletakkan di balai raya.
BANTU RAKYAT: Bekalan makanan sampai dan diletakkan di balai raya.
 ??  ?? PRIHATIN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus (tiga kiri) turun padang melihat proses penghantar­an bantuan makanan.
PRIHATIN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus (tiga kiri) turun padang melihat proses penghantar­an bantuan makanan.
 ??  ?? BANTUAN MAKANAN: Anggota ATM memunggahk­an bantuan makanan ke lori sebelum dihantar ke kawasan Saeh.
BANTUAN MAKANAN: Anggota ATM memunggahk­an bantuan makanan ke lori sebelum dihantar ke kawasan Saeh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia