Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Ibrahim terus terajui PBB Batu Kawa

-

KUCHING: Datuk Ahmad Ibrahim kekal dipilih sebagai Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kawa bagi penggal 2017/ 2020.

Ia selepas beliau memenangi undian bagi jawatan tersebut pada Mesyuarat Agung PBB Cawangan Batu Kawa baru- baru ini, mengatasi pencabarny­a Nerawi Salleh dengan undi 39-2 (majoriti 37 undi).

“Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir kerana masih memberi kepercayaa­n kepada saya untuk mengetuai barisan kepimpinan bagi penggal 2017/2020.

“Saya berharap sokongan serta kerjasama semua pihak dalam melaksanak­an tanggungja­wab terhadap parti akan terus mengukuhka­n parti yang kita sayangi ini,” katanya dalam ucapan ringkas.

Manakala jawatan Timbalan Ketua Cawangan disandang Putit Omar, apabila turut menang dengan 39 undi ke atas lawannya Stanley Repon Maxwell yang sekadar meraih dua undi.

Situasi sama diraih Abu Bakar Baki bagi jawatan Naib Ketua Cawangan apabila meraih 39 undi sekali gus mengetepik­an pencabarny­a, Mohd Hamzah Kadir yang sekadar menerima dua undi.

Berbeza pula dengan Fatimah Hariah Osman yang menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Wanita Cawangan PBB Batu Kawa.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang serta Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai dan Samat Ghani.

 ??  ?? KENANGAN: Ahmad (duduk, empat kiri) bersama Lo (duduk, lima kiri), Tan Kai (duduk, tiga kiri) dan yang lain bergambar bersama barisan kepimpinan baharu Cawangan PBB Batu Kawa.
KENANGAN: Ahmad (duduk, empat kiri) bersama Lo (duduk, lima kiri), Tan Kai (duduk, tiga kiri) dan yang lain bergambar bersama barisan kepimpinan baharu Cawangan PBB Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia