Utusan Borneo (Sarawak)

Kongsi kemudahan, pengetahua­n, pertukaran pelajar, staf, pembanguna­n akademik

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Universiti Sains dan Teknologi Kunming (KUST) bagi mewu- judkan kerjasama dalam bidang pendidikan.

UCTS diwakili Timbalan Naib Canselor (Akademik) UCTS Profesor Datuk Dr Sabarudin Mohd dan KUTS diwakili Naib Presidenny­a Profesor Yang Bin sambil disaksikan Pengerusi UCTS Dato Sri Wong Soon Koh.

M o U t e r s e b u t membolehka­n keduadua institusi pendidikan itu berkongsi kemudahan, pengetahua­n selain kerjasama pertukaran pelajar, staf dan pembanguna­n akademik.

Pada majlis itu, Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Dagang berkata kerjasama itu memberi manfaat besar kepada UCTS dalam pelbagai aspek.

“Ini memberi kelebihan

Ini memberi kelebihan kepada UCTS, sebuah universiti yang baharu ditubuhkan empat tahun lalu, manakala KUST adalah salah sebuah universiti terkemuka di China. Dato Sri Wong Soon Koh Pengerusi UCTS

kepada UCTS, sebuah universiti yang baharu ditubuhkan empat tahun lalu, manakala KUST adalah salah sebuah universiti terkemuka di China,” jelasnya.

Wong menyifatka­n MoU itu sebagai permulaan kedua-dua universiti itu dan membawa lebih banyak kerjasama dalam pembanguna­n pendidikan antara Malaysia dan China.

Sementara itu, Yang berkata KUST ditubuhkan pada 1954 merupakan salah satu daripada 100 universiti terke- muka di China dan satu-satunya universiti politeknik di wilayah Yunnan.

Menurut Yang, KUST mempunyai tiga kampus dan semuanya terletak di bandar Kunming di barat daya Yunnan, China sebuah wilayah dengan populasi 46 juta penduduk.

“Dengan 27 fakuliti (sekolah/kolej) dan 3,900 kakitangan, KUST menawarkan lebih 300 program ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran kepada sekitar 40,000 pelajar sepenuh masa di kampus.

“Program ini meliputi kejurutera­an, sains, pengurusan, ekonomi, perubatan, undang-undang, seni, falsafah, pertanian dan pendidikan,” jelasnya.

Yang berkata, pada 2005 KUST disenaraik­an Kementeria­n Pendidikan China sebagai universiti cemerlang pertama di wilayah Yunnan bagi program sarjana muda.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Lee (tengah), Tiong (empat kanan), Spencer (empat kiri), Abdul Wahab, Zamani (lima dan tiga kanan) serta tetamu lain merakam kenangan selepas penyampaia­n cenderamat­a.
UNTUK ALBUM: Lee (tengah), Tiong (empat kanan), Spencer (empat kiri), Abdul Wahab, Zamani (lima dan tiga kanan) serta tetamu lain merakam kenangan selepas penyampaia­n cenderamat­a.
 ??  ?? TERMETERAI: Sabarudin (dua kiri) dan Yang (kanan) bertukar dokumen memorandum sambil disaksikan Wong (kiri) di Sibu semalam.
TERMETERAI: Sabarudin (dua kiri) dan Yang (kanan) bertukar dokumen memorandum sambil disaksikan Wong (kiri) di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia