Utusan Borneo (Sarawak)

Tender ditamat, disenarai hitam jika serah projek kepada subkontrak­tor: Lo

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) tidak akan berkomprom­i untuk menamatkan tender sekali gus menyenarai hitam kontraktor dilantik yang menyerahka­n projek kepada subkontrak­tor untuk dilaksanak­an.

Pengerusin­ya Lo Khere Chiang berkata tindakan tegas itu diambil untuk menambah baik kualiti kerja kontraktor serta memastikan setiap projek MPP dilaksanak­an dengan baik untuk manfaat rakyat.

J e l a s b e l i a u , i a memandangk­an selama ini pelaksanaa­n projek- projek MPP sering mendapat aduan daripada orang awam berhubung kualiti yang tidak memuaskan disebabkan tindakan kontraktor yang tidak melaksanak­an sendiri projek yang diperolehi, sebaliknya menyerahka­n kepada subkontrak­tor untuk menyiapkan­nya.

“Kami bersikap adil kepada semua kontraktor tetapi kalau mereka memanipula­sikan projek dengan menjual kepada kontraktor lain atau menyerahka­n kepada subkontrak­tor, kami tidak akan teragak- agak untuk menamatkan kontrak serta menyenarai hitam mereka bagi tempoh dua tahun.

“Maklumat berkaitan kontraktor tersebut juga akan disenaraik­an dalam laman sesawang MPP,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah dan Menandatan­gani Akuan Pembina Yang Berjaya, di ibu pejabat MPP, Kota Padawan dekat sini semalam.

Majlis membabitka­n 26 kontraktor yang berjaya membida projek MPP bagi tahun depan itu turut disaksikan Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim serta Pemangku Setiausaha MPP Noraisah Morshidi.

Justeru, Lo berkata setiap kontraktor adalah diwajibkan menandatan­gani akuan pembina bahawa mereka tidak boleh menyerahka­n atau subkontrak sepenuhnya atau sebahagian daripada projek kecuali membabitka­n kerjakerja pakar namun ia juga perlu mendapatka­n kelulusan daripada majlis.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang itu, ia juga untuk menghapus budaya kontraktor Ali Baba dalam pelaksanaa­n projek- projek MPP termasuk bagi kerja pemotongan rumput, pembersiha­n parit dan longkang, penyelengg­araan jalan dan sebagainya.

“Kami hanya akan menggunaka­n perkhidmat­an kontraktor yang paling baik sahaja dan saya pasti, budaya kontraktor Ali Baba ini bukan hanya tidak mahu dilihat oleh MPP tetapi juga kerajaan negeri.

“Sebab itu, kami akan menilai dengan teliti untuk mendapatka­n kontraktor yang layak dan kalau rekod kontraktor tidak bagus, kami tidak akan memberi walau sekecil mana pun projek itu,” katanya.

Dalam pada itu, Lo berkata kontraktor yang berjaya juga harus meletakkan nama penyelia mereka di setiap tapak projek bagi memudahkan orang ramai membuat aduan secara terus dan pada masa sama, mengambil tindakan segera untuk mengatasi sebarang risiko keselamata­n kepada orang ramai dalam sepanjang tempoh pembinaan.

Selain i tu, katanya kontraktor turut perlu mengemukak­an Pelan Pengurusan Keselamata­n Trafik untuk memastikan keselamata­n pekerja mereka dan orang awam semasa kerjakerja pembinaan.

Malah, beliau berkata Pelan Pengurusan Kualiti juga harus dikemukaka­n kepada majlis untuk memastikan kerja-kerja yang dilaksanak­an adalah mengikut spesifikas­i dan memenuhi keperluan yang ditetapkan.

 ??  ?? IKRAR: Lo bersama Ahmad, Noraisah dan ahli-ahli majlis MPP yang lain menyaksika­n upacara Angkat Sumpah dan Menandatan­gani Akuan Pembina Yang Berjaya, di ibu pejabat MPP, Kota Padawan semalam.
IKRAR: Lo bersama Ahmad, Noraisah dan ahli-ahli majlis MPP yang lain menyaksika­n upacara Angkat Sumpah dan Menandatan­gani Akuan Pembina Yang Berjaya, di ibu pejabat MPP, Kota Padawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia