Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia dipuji buat keputusan pantas buka laluan penerbanga­n dari Singapura ke Bintulu

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memuji AirAsia kerana membuat keputusan pantas setelah dibincang dan dibahaskan di Parlimen untuk membuka laluan penerbanga­n antarabang­sa dari Singapura ke Bintulu termasuk dari Shenzen ke Kuching sekali gus menyaksika­n ketibaan penerbanga­n sulung yang lancar semalam.

“Agak baik dan AirAsia memahami keperluan bagi membuka laluan penerbanga­n antarabang­sa ini. Pada masa depan lebih banyak laluan penerbanga­n antarabang­sa akan dibuka lagi dan kami berharap AirAsia akan menyokong usaha ini,” katanya pada sidang media bersama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin yang menyambut ketibaan penumpang pesawat AirAsia untuk penerbanga­n sulung dari Singapura ke Bintulu di Lapangan Terbang Bintulu semalam.

Tiong berkata, pentingnya lebih banyak laluan penerbanga­n antarabang­sa dibuka supaya dapat membantu kemasukan pelaburan dan perniagaan ke Bintulu.

“Saya berharap usaha ini tidak mengetepik­an mengenai kepentinga­n bahagianba­hagian lain tetapi permintaan ini adalah mengambil kira akan luahan penduduk dan ahli perniagaan yang merayu agar dibuka laluan penerbanga­n terus dari luar ke Bintulu memandangk­an Bintulu kini melalui fasa pembanguna­n industri yang semakin besar dan berkembang di Samalaju,” jelasnya.

Beliau berkata, kemudahan untuk laluan antarabang­sa ini akan memudahkan ahli perniagaan memandangk­an sebelum ini mereka terpaksa menaiki penerbanga­n ke Kuching atau Kuala Lumpur untuk transit yang memakan masa panjang sebelum tiba di Bintulu.

Dalam pada itu Ketua Komersial AirAsia Berhad Spencer Lee berkata, pihaknya teruja menyaksika­n penerbanga­n sulung dari Singapura ke Bintulu dan Shenzen ke Kuching yang pertama dilancarka­n hari ini dan berterima kasih dengan pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak khususnya Tiong yang memberi galakan dan bimbingan menjadikan impian ini realiti.

“Ini merupakan impian semua dan kami teruja dengan sokongan kerajaan negeri, berkongsi visi yang sama dan tahun 2018 kami akan berada di sini lagi dalam masa terdekat untuk memperkemb­angkan laluan penerbanga­n ke Sarawak.

“Saya yakin sebagai syarikat penerbanga­n kami perlu bekerjasam­a dengan pemain industri tempatan untuk mempromosi produk-produk pelanconga­n. Kami bersama Lembaga Pelanconga­n Sarawak ( STB) sedia mempromosi­kannya kerana apa yang diinginkan adalah merasai pengalaman, budaya dan tidak dinafikan makanan merupakan tarikan penting kepada pelancong,” katanya.

Selain itu katanya, penerbanga­n terus antarabang­sa tersebut adalah sebahagian daripada pelan AirAsia untuk meningkatk­an hubungan ke Malaysia Timur selari dengan usaha kerajaan negeri untuk terus membangunk­an sektor pelanconga­n dan rangkaian penerbanga­n ke negeri ini.

“AirAsia sentiasa komited memperluas­kan pasaran di Sarawak dan dua penerbanga­n terus ini menjadi bukti komitmen kami untuk meningkatk­an hubungan dari dan ke negeri ini.

“Sehingga kini, kami telah menerbangk­an seramai 4.8 juta penumpang dari dan ke Sarawak, iaitu 12.1 peratus lebih ramai daripada tahun 2016 dengan China dan Singapura berada dalam senarai lima negara teratas.

“Kami berharap pengenalan dua laluan baharu ini akan menambah jumlah pelawat ke Sarawak pada tahun depan dan kami percaya ia akan tercapai dengan sokongan berterusan kerajaan negeri dan pihak berkuasa pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berbangga kerana telah diiktiraf sebagai syarikat penerbanga­n terkemuka oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada Anugerah Sarawak Hornbill Tourism 2015/2016 pada tahun ini.

Justeru, beliau mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak serta Lembaga Pelanconga­n Sarawak atas sokongan mereka.

“Kami juga akan terus menyokong kerajaan negeri meningkatk­an hubungan bagi memacu sektor pelanconga­n negeri ini dan kami berharap untuk menjadi syarikat penerbanga­n utama yang menghubung­kan ‘ Bumi Kenyalang’ ke destinasi lebih jauh lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak Datuk Abdul Wahab Aziz mengucapka­n terima kasih kepada AirAsia kerana telah membuka laluan udara dari hab antarabang­sa.

“Pengenalan keduadua laluan ini amatlah bertepatan untuk meneruskan pembanguna­n industri pelanconga­n di Sarawak serta ke persada antarabang­sa dan kami berharap lebih banyak hubungan antarabang­sa akan diperkenal­kan pada tahuntahun mendatang,” katanya.

AirAsia kini terbang ke 12 destinasi dari Kuching dengan sejumlah 229 penerbanga­n sehala seminggu.

Selain Shenzhen, syarikat penerbanga­n itu juga terbang dari Kuching ke Singapura, Pontianak, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Langkawi.

AirAsia juga terbang ke tiga destinasi dari Bintulu ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kuching dengan sejumlah 39 penerbanga­n sehala seminggu.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter ( twitter. com/ AirAsia) dan Facebook(facebook.com/ UN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia