Utusan Borneo (Sarawak)

2017 tahun amat bermakna bagi MPS Penganjura­n Tahun Melawat Sibu 2017 berjaya promosi Sibu di dalam, luar negara

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Tahun 2017 menjadi tahun amat bermakna bagi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) lebih- lebih lagi dengan penganjura­n Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017.

Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King berkata TMS 2017 berjaya mempromosi­kan Sibu di dalam dan luar negara.

“Pelbagai acara berwarna- warni dianjurkan oleh pelbagai pihak meskipun berhadapan dengan sumber terhad.

“Acara dianjurkan itu berjaya menjadikan Sibu terkenal di Malaysia dan luar negara,” katanya pada mesyuarat penuh bulanan MPS, semalam.

Hadir sama Timbalanny­a Rogayah Jamain, Pemangku Setiausaha MPS Yong Ing Chu serta yang lain.

Menurut Tiong, 11 acara utama dianjurkan sepanjang

Pelbagai acara berwarnawa­rni dianjurkan oleh pelbagai pihak meskipun berhadapan dengan sumber terhad. Datuk Tiong Thai King Pengerusi MPS

TMS 2017 iaitu Sibu Tower Run, Borneo Internatio­nal Remote Control Power Boat, Age Convention and Sibu Street Art Festival, Pesta Kebudayan Borneo 2017 dan Festival Tarian Antarabang­sa Sibu.

Sibu Marathon, Pesta Tanglung dan Makanan Sibu, Borneo Talent Award, Sibu Christmas Tree Decoration Competitio­n, Sibu Big Bike Week serta penutup TMS 2017 dan Countdown 2018.

Sementara itu, Tiong memberitah­u bahawa MPS membelanja­kan RM27 juta membaiki dan menaik taraf jalan serta parit di Sibu.

“Sejumlah 114 jalan diperbaiki selain menerima banyak permohonan menaik taraf serta membaiki parit dan jalan.

“Kita harap masyarakat faham kerana keutamaan adalah kawasan rendah serta kerap banjir,” katanya.

Beliau berkata, MPS membelanja­kan RM2.4 juta menyelengg­ara bahu jalan dan parit, lampu jalan dan lampu isyarat ( RM1 juta) serta pengurusan sisa cecair dan pepejal (RM8 juta).

 ??  ?? BANTU: Tiong (enam kanan) menyampaik­an replika cek hasil jualan barangan kitar semula kepada wakil Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF).
BANTU: Tiong (enam kanan) menyampaik­an replika cek hasil jualan barangan kitar semula kepada wakil Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia