Utusan Borneo (Sarawak)

FIC mampu berbangga dengan pencapaian lepasan graduannya

-

MIRI: Kolej Antarabang­sa Fajar ( FIC) kini mampu berbangga dengan pencapaian lepasan graduannya yang mendapat pekerjaan memenuhi keperluaan industri di Malaysia.

Salah seorang pelajar turut mencipta kejayaan ialah graduan Diploma Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( DipOSH) Frederlisa Ferdinand yang kini menjadi penyelia syarikat pembanguna­n infrastruk­tur di Sabah.

Frederlisa tidak menyangka mendapat tawaran menjadi penyelia dan percaya jurusan diambilnya semasa belajar di FIC memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

“Saya memilih DipOSH kerana diiktiraf Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Malaysia selain keperluan tenaga kerja dalam bidang ini amat luas,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, selepas tiga tahun pengalaman bekerja mereka boleh memohon ‘ Buku Hijau’ seterusnya mendaftar dengan DOSH sebagai pegawai keselamata­n dan kesihatan.

Pegawai keselamata­n dan kesihatan sentiasa menerima permintaan tinggi bukan sahaja dalam bidang minyak dan gas malah sektor pembinaan yang berkembang ketika ini.

“Saya amat bersyukur kerana FIC berada di landasan yang betul untuk membentuk kerjaya pelajar dalam bidang keselamata­n dan kesihatan,” jelasnya.

Sejak penubuhann­ya pada 2000, kolej itu mengorak langkah memperkena­l kursus dan berorienta­sikan kehendak pasaran yang sangat pratikal.

Kursus DipOSH selama dua tahun setengah mendapat kelulusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan ditauliahk­an Agensi Kelayakan Malaysia serta mampu memenuhi semua subjek berkaitan keselamata­n dan kesihatan.

Malah, graduan OSH berminat menyambung pengajian ke peringkat ijazah boleh melanjutka­n ke Middlesex University, United Kingdom hanya dalam satu tahun.

Lepasan sekolah berminat lebih lanjut dengan DipPOSH atau kursus lain ditawarkan di FIC boleh menghubung­i talian 085-644803 atau melayari www.kolejfajar.edu.my atau e-mel query@kolejfajar. edu.my

 ??  ?? BANGGA: Frederlisa bersyukur lepasan graduan bidang DipPOSH dapat perhatian majikan seluruh negara selepas mengambil bidang itu di FIC.
BANGGA: Frederlisa bersyukur lepasan graduan bidang DipPOSH dapat perhatian majikan seluruh negara selepas mengambil bidang itu di FIC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia