Utusan Borneo (Sarawak)

MPS menangkap 1,323 anjing liar

-

SIBU: Sehingga 27 Disember tahun ini, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengangkap 1,323 anjing liar berikutan kebimbanga­n bahaya penyakit rabies.

Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King berkata daripada jumlah itu 256 anjing dituntut oleh pemiliknya sementara 229 lagi diberi lesen.

“Secara purata setiap bulan kami menangkap 100 anjing. Pada Disember ini sahaja kami menangkap 107 anjing,” katanya di sini semalam.

Selain itu, MPS juga mengeluark­an 4,641 kompaun kepada pemilik kenderaan bagi kesalahan parkir di kawasan pusat bandar.

“Sejumlah 476 kompaun dikeluarka­n bagi kesalahan membuang sampah di kawasan pusat bandar (CBD) sejak semakan semula kadar kompaun sebanyak RM500 dikuat kuasa pada Julai lalu,” jelas Tiong.

Menyentuh mengenai kutipan cukai taksiran, sehingga 27 Disember ini sejumlah RM37,408,902.83 atau 93.55 peratus cukai taksiran bagi 2017 berjaya dikutip.

Katanya, MPS juga berjaya mengutip 34.27 peratus atau RM2,255,180.83 tunggakan cukai taksiran.

“Kita merakamkan peng- hargaan kepada semua pembayar cukai yang memberi sokongan dan kerjasama penuh.

“Semua ini membantu MPS memberi perkhidmat­an lebih baik kepada orang ramai,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu berkata, bayaran bil cukai taksiran semua pejabat pos, pos mini dan pos bergerak ditamatkan mulai tahun depan.

“Ini termasuk Pejabat Pos Jalan Kampung Nyabor, Pos Mini Rejang Park, Sungai Merah, Hulu Lanang, Sibu Jaya, Petronas Oasiz, Jalan Salim, Permai dan Rambutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia