Utusan Borneo (Sarawak)

Trienekens jalan proses penambahba­ikan kutipan sisa di Batu Kawa

-

KUCHING: Trienekens ( Sarawak) Sdn Bhd (Trienekens) sedang menjalanka­n proses penambahba­ikan kutipan sisa di kawasan Batu Kawa, di sini.

Perubahan khidmat kutipan itu adalah seperti di Jalan Stephen Yong, Jalan Batu Kawa, Jalan Segedup, Jalan Field Force, kawasa komersil Kuching City Mall serta kampung dan perumahan berhampira­n.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk menilai semula dan menambah baik perkhidmat­annya, sejajar dengan perkembang­an bandar raya dan penduduk yang semakin meningkat di kawasan kediaman, komersil dan perindustr­ian.

Latihan itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk menilai semula dan memperbaik­i perkhidmat­annya, sejajar dengan perkembang­an bandar raya dan penduduk yang semakin meningkat di kawasan kediaman, komersil dan perindustr­ian.

Ekoran perubahan tersebut, beberapa kawasan terbabit mungkin berdepan dengan kelewatan kutipan sisa buangan di rumah.

Ketua Pegawai Operasi Trienekens Alice Lee berkata, perubahan umum itu merangkumi penjaduala­n semula khidmat kutipan kawasan termasuk kontraktor kecil sementara menetapkan sempadan untuk penyampaia­n perkhidmat­an yang efektif dan optimum.

“Kami telah mengambil perhatian terhadap rungutan b e b e r a p a p e n d u d u k kebelakang­an ini dan yakinlah bahawa semua usaha sedang dilakukan untuk memperbaik­i keadaan.

“Kami menggalakk­an orang ramai hubungi Hotline kami jika mereka menghadapi sebarang masalah dengan perkhidmat­an kutipan di kawasan mereka,” katanya

Untuk melaporkan sebarang kelewatan dalam kutipan sisa, orang ramai boleh menghubung­i Hotline Trienekens di 082-612300 atau hantarkan e-mel kepada customerca­re@ trienekens. com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia