Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Australia terselamat daripada tali gantung Hakim berpuas hati tertuduh adalah ‘innocent bearer’ dan tiada pengetahua­n tentang dadah yang ditemui dalam beg

-

SHAH ALAM: Seorang wanita warga Australia terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaska­nnya daripada pertuduhan mengedar dadah Methamphet­amine seberat 1142.8 gram, di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA), Sepang, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pembelaan wanita itu, Maria Elvira Pinto Exposto, 54, bahawa dia tidak mempunyai pengetahua­n tentang dadah yang ditemui di bahagian berjahit di dalam beg yang dibawanya.

Mahkamah kemudian memerintah­kan wanita itu diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran pulang ke negara asalnya.

Maria diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sementara Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Nadiah Isa mewakili pihak pendakwaan.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan di cawangan pemeriksaa­n penumpang 1 ( CPP1) Balai Ketibaan Antarabang­sa, Terminal Utama KLIA, kira-kira jam 3.40 petang, 7 Dis 2014.

Ibu kepada tiga orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n yang bermula pada 2015.

Kes itu turut menjadi tumpuan media asing kerana Maria yang pernah bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Timor Leste, dilaporkan terjebak dengan ‘penipuan cinta Internet’ dan diperdaya menjadi keldai dadah oleh seorang lelaki dikenali sebagai Kapten Danial Smith yang kononnya pegawai tentera Amerika Syarikat berpangkal­an di Afghanista­n.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Ghazali berkata Maria telah memberikan keterangan bagaimana dia jatuh cinta dengan Smith dan ingin berkahwin dengan lelaki berkenaan selepas berkenalan di Internet, dua tahun lepas.

Hakim itu berkata beliau percaya perasaan cinta telah menyebabka­n tertuduh hilang pertimbang­an dan tidak fikir panjang dengan menuruti segala kehendak lelaki itu walaupun mereka hanya berhubunga­n di Internet.

“Saya tidak bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa pembelaan tertuduh bersifat afterthoug­ht (difikirkan semula) dan saya setuju dengan hujah pembelaan berdasarka­n alasan, antaranya siasatan pegawai penyiasat tidak lengkap seperti gagal mendapatka­n alamat e- mel dan perkara penting lain.

“Saksi pendakwaan ketujuh (pegawai penyiasat) juga gagal siasat telefon bimbit tertuduh, panggilan keluar masuk, atau nama- nama yang disimpan dalam telefon bimbit selain gagal mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian,” katanya.

Hakim Ghazali yang membacakan penghakima­n hampir

Berdasarka­n keterangan juga, tiada dokumen berkaitan tertuduh ditemui di dalam beg itu kecuali baju-baju dan dokumen berkaitan Smith. Jadi, saya berpendapa­t tidak selamat untuk sabitkan tertuduh atas kesalahan ini dan tertuduh oleh itu dilepas dan dibebaskan. Datuk Ghazali Cha Hakim

setengah jam turut berpuas hati dengan pembelaan tertuduh yang selari dengan rakaman percakapan beramarann­ya sebelum ini bahawa dari awal lagi wanita itu menafikan beg itu adalah miliknya.

Katanya, Maria juga tidak menaruh syak wasangka langsung apabila diberikan beg berkenaan oleh lelaki bernama Tega Collins ketika berada di lapangan terbang Shanghai, China, berikutan lelaki itu dikatakan mempunyai kaitan dengan Smith dan tentera Amerika.

“Saya berpuas hati tertuduh ialah ‘innocent bearer’ ( pembawa tidak bersalah). Mengenai kelakuan, ketika kejadian dia seorang yang naif dan berkelakua­n sebagai seorang tidak bersalah kerana itu merupakan pertama kali dia berada di KLIA ketika transit dalam penerbanga­n dari Shanghai menuju ke Melbourne, Australia.

“Berdasarka­n keterangan juga, tiada dokumen berkaitan tertuduh ditemui di dalam beg itu kecuali baju-baju dan dokumen berkaitan Smith. Jadi, saya berpendapa­t tidak selamat untuk sabitkan tertuduh atas kesalahan ini dan tertuduh oleh itu dilepas dan dibebaskan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia