Utusan Borneo (Sarawak)

Kes disiasat berdasarka­n penipuan dan pemalsuan dokumen

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk memberi keterangan pada minggu depan berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ketika ini PDRM hanya mengambil keterangan daripada saksisaksi lain terdiri daripada pegawai Suruhanjay­a Syarikat Malaysia, FELDA serta Pejabat Daerah dan Tanah.

“Apa yang penting ialah keterangan daripada pengadu itu sendiri yang membuat laporan polis pada 12 Dis lepas. Mungkin esok (hari ini) atau lusa (esok), PDRM akan mendapatka­n percakapan daripada pengadu apabila pengadu tiba di Kuala Lumpur.

“Kita akan tengok dan kita akan dapat segala dokumen berkaitan bagaimana keputusan dibuat dan sebagainya, sudah tentu kita tahu memang Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi FELDA (ketika itu) dan dia ada kaitan dengan keputusan untuk melabur,” katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini semalam.

Noor Rashid berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan kerana penipuan dan pemalsuan dokumen.

Beliau berkata, PDRM akan menganalis­is segala rakaman percakapan dan

Kita akan tengok dan kita akan dapat segala dokumen berkaitan bagaimana keputusan dibuat dan sebagainya, sudah tentu kita tahu memang Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi FELDA (ketika itu) dan dia ada kaitan dengan keputusan untuk melabur. Tan Sri Noor Rashid Ibrahim Timbalan Ketua Polis Negara

dokumen yang diperoleh sebelum melengkapk­an siasatan dalam tempoh terdekat ini.

Jumaat lepas, PDRM menubuhkan pasukan khas untuk menjalanka­n siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Mohd Isa menjadi Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017 dan menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Jan 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.

Pada 21 Dis lepas, media melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarka­n bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunk­annya.

Sementara itu, majlis pemakaian yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman menyaksika­n pegawai dan anggota polis dinaikkan pangkat antaranya Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Datuk Mohamed Farid Abu Hassan bertukar menjadi Timbalan Pengarah E1 Bukit Aman dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti IPK Pahang Datuk Jamaludin Kudin menjadi Timbalan Ketua Polis Pahang baharu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASAT: Noor Rashid ketika sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat di MES Pegawai Kanan Bukit Aman semalam.
— Gambar Bernama SIASAT: Noor Rashid ketika sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat di MES Pegawai Kanan Bukit Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia