Utusan Borneo (Sarawak)

Pura-pura minta tukar paip air, warga emas disamun

-

PARIT: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM9,800 apabila barang kemasnya disamun oleh pasangan kekasih yang berpura-pura meminta mangsa menukar paip air di pekarangan rumahnya di Kampung Sri Kaya, Bota Kiri, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita berusia 82 tahun yang berada di halaman rumah didatangi kedua-dua suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah.

Menurutnya, mangsa telah menyapa suspek lelaki yang mendakwa mahu ke rumah sebelah namun mendapati suspek telah pergi ke bahagian kanan rumahnya.

“Lelaki itu memanggil mangsa dan menyuruhny­a menukar paip air tetapi ditolak mangsa dengan alasan paip itu masih elok dan baharu ditukar.

“Tiba-tiba lelaki itu merentap tangan kiri wanita warga emas terbabit dan menarik mangsa ke belakang rumah sehingga menyebabka­n mangsa terjatuh dan mulutnya ditutup dari belakang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohamad Zainal berkata suspek lelaki itu kemudianny­a mengambil seutas gelang emas dan cincin emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang kekasihnya iaitu seorang remaja perempuan yang telah menunggu di halaman rumah.

Beliau berkata, pasangan kekasih berumur 19 dan 24 tahun itu telah ditahan di Sitiawan, malam kelmarin dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, wanita warga emas itu turut cedera di tapak tangan kiri manakala barang kemas yang disamun kedua-dua suspek masih belum ditemui. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Kereta jenis BMW 520D yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada 17 Disember lepas.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Kereta jenis BMW 520D yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada 17 Disember lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia