Utusan Borneo (Sarawak)

Polis temui kereta dipercayai terlibat kejadian bunuh di stesen minyak

-

JOHOR BAHRU: Polis menemuiker­etaBMW520D­yangdiperc­ayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini pada 17 Dis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kereta berwarna putih tanpa nombor pendaftara­n kenderaan itu dijumpai orang awam pada jam 3 petang kelmarin di sebuah kebun kelapa sawit di Ayer Balai, dekat Pontian.

“Kereta itu merupakan satu daripada senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu selain pisau. Pasukan forensik yang melakukan pemeriksaa­n menemui beberapa perkara yang mengaitkan kereta itu dengan kejadian bunuh tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Khalil berkata bagaimanap­un, polis tidak menemui pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Beliau berkata setakat ini, polis menahan 15 individu yang kesemuanya rakyat tempatan terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Usaha sedang digiatkan untuk memburu tiga suspek utama yang dipercayai masih berada di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khalil berkata tiga lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu akan dibebaskan selepas siasatan ke atas mereka selesai manakala 11 lagi iaitu lapan lelaki dan tiga wanita direman sehingga 30 Dis ini.

“Daripada suspek, kita sedang bina jalan cerita yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan itu… dalam sesuatu kes pembunuhan, ada yang mainkan peranan dan perancang.

“Kita memerlukan siasatan yang lebih serius kerana ia tidak semudah seperti yang dilihat, kita juga kena cari bagaimana tayar kereta mangsa pancit kerana ia bukan pancit kerana paku,” katanya.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa yang berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen itu untuk mengisi angin tayar kenderaann­ya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahka­n bahawa kejadian dipercayai berpunca daripada perselisih­an dua kumpulan kongsi gelap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia