Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki rentung kereta dipandu terbakar akibat kemalangan

-

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Km 41.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampira­n Kulai, pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Muhammad Rusdi Yakob, 29, namun, identiti sebenar belum dapat disahkan berikutan dokumen pengenalan dirinya gagal diperoleh akibat kenderaan yang terbakar keseluruha­n.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kemalangan berlaku pada 5.55 pagi itu turut mencederak­an isteri mangsa, Salwa Atasa Arani, 30, beralamat di Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak, manakala anak perempuann­ya yang berumur tiga tahun tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Persona dipandu mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori atau treler berdasarka­n kesan remuk di bahagian hadapan kereta tersebut.

“Ekoran itu, kereta dinaiki sekeluarga itu terbakar dengan mangsa dipercayai tersepit dan terperangk­ap di dalam kenderaan yang sedang terbakar manakala isteri dan anaknya yang berada di tempat duduk belakang dikeluarka­n oleh pengguna jalan raya yang lalu di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Dzulkhairi berkata mangsa kemudian dikeluarka­n dari kenderaan oleh pihak bomba selepas api dipadamkan dan dibawa ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, untuk bedah siasat.

Beliau berkata isteri dan anaknya turut dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaa­n.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku di lorong kiri jalan dan keadaan jalan raya adalah basah akibat hujan.

Siasatan lanjut kemalangan terbabit sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia