Utusan Borneo (Sarawak)

NUTP rayu kementeria­n keluar surat pekeliling baharu kaedah hukuman

-

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu Kementeria­n Pendidikan mengeluark­an surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar agar ia bersesuaia­n dengan cabaran guru mendidik masa kini.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarka­n bagi memberi maklum kepada guru mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-peraturan Pelajaran seperti berkeliara­n dan bising di dalam kelas.

“Surat pekeliling itu kali terakhir dikeluarka­n pada tahun 1983, ada peraturanp­eraturan baharu mengenai hukuman yang dikemas kini dari semasa ke semasa, tetapi lebih baik jika satu garis panduan lengkap yang terkini dikeluarka­n.

“Bukan sahaja mengenai hukuman yang dilarang tetapi yang dibenarkan, supaya guru ini boleh mendisipli­nkan pelajar tanpa rasa seperti tangan mereka diikat,” katanya kepada Bernama.

Tan mahu supaya surat pekeliling atau garis panduan baharu itu menerangka­n dengan jelas bentuk huku- man yang dibenarkan supaya tidak menjadi salah faham dalam kalangan ibu bapa sehingga menyebabka­n guru disiplin dipersalah­kan.

Beliau juga mencadangk­an agar pelantikan guru disiplin di setiap sekolah selepas ini disusuli dengan surat lantikan khas, walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2001 sebelum ini menyatakan semua guru adalah guru disiplin.

“Walaupun ia hanya surat lantikan namun itu merupakan kuasa dan boleh membantu guru jika tindakan mengenakan hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan menjadi masalah kepada guru itu di kemudian hari,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia