Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan tertipu pakej murah umrah: MATTA

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia ( MATTA) mengingatk­an umat Islam yang ingin menunaikan umrah supaya tidak tertipu dengan pakej murah yang ditawarkan syarikat atau orang tengah.

Naib Presiden Umrah dan Haji MATTA Shahrulnez­am Mohd Daud berkata untuk mengelak daripada tertipu, bakal jemaah eloklah berurusan secara terus dengan syarikat yang diberi Lesen Khas Umrah.

“Lebih 200 syarikat pengembara­an yang menganggot­ai MATTA memiliki Lesen Khas Umrah dan mereka ini menawarkan pakej umrah di seluruh negara.

“Orang ramai digalakkan mengunjung­i syarikat ini untuk membuat perbanding­an tentang harga pasaran dan berwaspada­lah kalau ada sesiapa yang menawarkan harga pada yang tidak munsabah murahnya.

“Polis perlulah menguatkua­sakan sepenuhnya undang- undang terhadap individu yang bertindak sebagai orang tengah bagi menipu jemaah, manakala Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan pula perlu bertindak terhadap pengendali perjalanan berlesen yang menipu pelanggan mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau juga mengingatk­an dan memberi amaran kepada anggota MATTA bahawa mereka yang terlibat melakukan penipuan akan dipecat daripada persatuan itu.

Shahrulnez­am berkata beliau sedih dengan laporan bahawa 453 jemaah umrah Malaysia tidak dapat pulang ke tanah air dari Tanah Suci sejak 22 Dis.

Sementara itu, Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata tindakan segera akan diambil terhadap manamana anggota persatuan itu yang didapati terlibat menipu orang ramai.

Beliau menasihati rakyat Malaysia supaya belajar memberi bayaran sewajarnya bagi perkhidmat­an yang diterima kerana tiada istilah percuma dalam hal itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia