Utusan Borneo (Sarawak)

44 NGO Islam MAIS gesa polis, SKMM ambil tindakan

-

SHAH ALAM: Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam menggesa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia bertindak tegas terhadap penulis blog ‘steadyaku4­7’ yang didakwa mengkritik dan memfitnah Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Antara 44 NGO itu ialah Persatuan Wadah Pencerdasa­n Umat Malaysia ( WADAH), Persatuan Ahli Falak Selangor, Momogun Muslim Malaysia, Muslim Care Malaysia Society, Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan, Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor dan Persatuan Belia Masjid Selangor.

Jurucakap kumpulan NGOi itu, Nik Mohd Yusoff Nik Ismail berkata kritikan penulis blog terbabit menerusi artikel bertajuk ‘WTF does this Idris of Selangor thinks he is doing’ yang disiar pada 13 Dis lepas itu dilakukan dalam bahasa tidak beradab malah disifatkan sebagai budaya dan cara fikir yang terkeluar daripada tatasusila bangsa.

Menurutnya, walaupun penulis blog berkenaan dipercayai beroperasi di Australia, namun ia tidak memungkink­an polis untuk menyiasat dan bekerjasam­a dengan Polis Antarabang­sa (Interpol) bagi mengesan lelaki berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kedudukan institusi rajaraja Melayu hendaklah dihormati oleh semua warga seperti mana termaktub secara nyata dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Tuduhan penulis blog ‘steadyaku4­7’ terhadap Sultan Sharafuddi­n juga adalah fitnah,” katanya.

Carian mendapati laman blog berkenaan telah pun disekat dengan makluman bahawa laman sesawang itu tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungann­ya melanggar undang-undang negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia