Utusan Borneo (Sarawak)

Peneroka kecewa tindakan pentadbira­n FELDA terdahulu

Berasa teraniaya, menganggap ada cubaan untuk gadai aset

-

JOHOR BAHRU: Jawatankua­sa Perundinga­n Peneroka ( JKKP) FELDA semalam menyatakan rasa kecewa dengan tindakan pentadbira­n FELDA terdahulu yang tidak pernah memaklumka­n berkenaan pertukaran hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Anggota Lembaga Pengarah JKKP merangkap Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan Samsuddin Othman berkata, pihaknya berasa teraniaya dan menganggap ia sebagai cubaan untuk menggadai aset lembaga kemajuan tanah berkenaan.

“Ia menunjukka­n pentadbira­n terdahulu tidak telus dan banyak berselindu­ng mengenai perancanga­n projek di tanah berkenaan serta berlaku kelemahan dalam pentadbira­nnya,” katanya

Ia menunjukka­n pentadbira­n terdahulu tidak telus dan banyak berselindu­ng mengenai perancanga­n projek di tanah berkenaan serta berlaku kelemahan dalam pentadbira­nnya.

yang ditemui pemberita pada mesyuarat JKPP di sini, semalam.

Samsuddin menjelaska­n beliau hanya dimaklumka­n tentang pembanguna­n awal projek di tanah FELDA di Jalan Semarak, namun tidak diberitahu berhubung pertukaran hak milik tanah tersebut.

“Pentadbira­n terdahulu banyak berselindu­ng dan bertindak tanpa mengambil kira pandangan pihak lain khususnya warga peneroka di mana selepas tiga bulan perjanjian pembanguna­n dimeterai, baharu dimaklumka­n kepada pihak lembaga,” katanya.

Samsuddin sehubungan itu berkata, beliau mewakili peneroka FELDA mahu tanah strategik itu dikembalik­an semula kepada FELDA.

Beliau berkata JKPP yang mewakili lebih 100,000 peneroka turut menyatakan sokongan terhadap tindakan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk mendapatka­n kembali tanah FELDA itu.

Pada 21 Dis lepas media melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarka­n bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Dikatakan lot tanah seluas 16 hektar menempatka­n ibu pejabat lama FELDA, Anjung Felda dan Wisma Felda sudah ditukar nama kepada syarikat lain pada 2016 dan pindah milik tanah itu berlaku apabila Felda Investment Corporatio­n (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 2014 serta diberi surat kuasa wakil penuh bagi membangunk­annya. — Bernama

Samsuddin Othman Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASAT: Mazlan (kiri) meninjau di sekitar Anjung FELDA selepas menyerahka­n memorandum kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suruhanjay­a itu meneruskan siasatan terhadap isu pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak,...
— Gambar Bernama SIASAT: Mazlan (kiri) meninjau di sekitar Anjung FELDA selepas menyerahka­n memorandum kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suruhanjay­a itu meneruskan siasatan terhadap isu pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia