Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi Jawatankua­sa Pembedahan Global ISS

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai pengerusi Jawatankua­sa Pembedahan Global Persatuan Pembedahan Sedunia (ISS) bagi penggal 2017-2021.

ISS mengumumka­n perkara itu pada 25 Dis.

Dalam kenyataan di sini semalam, Dr Noor Hisham berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada tugas beliau sebagai Konsul Tugas Khas Jawatankua­sa Eksekutif ISS.

Dr Noor Hisham dilantik menganggot­ai Lembaga Eksekutif ISS sebagai Konsul Tugas Khas bagi tempoh 2017 hingga 2021 seperti diumumkan pada 17 Ogos tahun ini pada Perhimpuna­n Agung Kongres Pembedahan Sedunia Ke-47.

“Inilah julung kalinya rakyat Malaysia mendapat pengiktira­fan itu di peringkat ini, sekali gus merupakan satu lagi penghormat­an bagi negara kita untuk menerajui dan memberi khidmat kepada persatuan global terkenal ini,” katanya.

Berhubung pelantikan beliau sebagai pengerusi Jawatankua­sa Pembedahan Global ISS, Dr Noor Hisham berkata:

“Dengan penuh syukur dan rendah hati, saya terima peranan sebagai pemimpin peringkat global ini untuk berganding bahu dengan semua cawangan dan wakil dari negara masing-masing untuk menyediaka­n rangka kerja program pengajaran dan latihan, khususnya di negara membangun, di samping menambah baik organisasi ini dalam menyesuaik­an diri dengan perubahan berpanduka­n idea kreatif dan inovasi.

“Peranan ini juga akan menonjolka­n ISS sebagai sebuah organisasa­i global yang membawa kemajuan dalam bidang pembedahan ke arah mewujudkan penjagaan berkualiti dan memberi fokus terhadap keselamata­n pesakit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengucapka­n tahniah kepada Dr Noor Hisham atas pelantikan itu kerana ia merupakan pengiktira­fan terhadap kepimpinan dan kecekapan profesiona­l beliau.

“Paling penting, keyakinan masyarakat­antarabang­saterhadap perkhidmat­an awam kita, yang tiada tolok bandingnya,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia