Utusan Borneo (Sarawak)

DBKL keluarkan RM5 juta kompaun di tapak pembinaan

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluark­an 70 kompaun berjumlah RM5 juta atas pelbagai kesalahan di tapak bina sekitar ibu negara sejak Januari tahun ini.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkua­saan DBKL, Osman Ismail berkata jumlah tersebut hasil daripada 740 pemantauan yang dilaksanak­an bagi tempoh berkenaan.

“Antara kesalahan yang dikenakan kompaun di bawah Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 itu seperti mendirikan struktur tanpa kebenaran dan tahap keselamata­n di tapak pembinaan berada pada tahap tidak memuaskan.

“Kesemua aspek di tapak pembinaan perlu diberi perhatian termasuk keselamata­n dan penempatan pekerja, mereka yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media selepas Operasi Bersepadu Aktiviti Di Tapak Pembinaan di sini, semalam.

Operasi bersepadu siri ke- 10 itu melibatkan 138 anggota yang terdiri daripada penguat kuasa DBKL, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kesihatan.

Dalam operasi itu, katanya pemilik tapak binaan terbabit turut dikompaun berikutan tidak meminta kebenaran untuk membina penempatan pekerja di dalam bangunan dan membangunk­an struktur di luar bangunan, selain membiarkan kawasan tapak binaan dalam keadaan kotor.

“Secara keseluruha­n, pemaju didapati sudah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan apabila mereka menunjukka­n perubahan selepas beberapa siri operasi diadakan sebelum ini,” ka- tanya dan menambah terdapat 300 projek berskala besar dilaksanak­an di Kuala Lumpur tahun ini.

Jelasnya, pihaknya telah menggemble­ng tenaga anggota penguat kuasa DBKL untuk melakukan pemantauan setiap malam bagi memastikan pelaksanaa­n projek mengikut arahan yang ditetapkan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMERIKSA PERSEKITAR­AN: Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memeriksa persekitar­an kawasan tapak pembinaan ketika menjalanka­n Operasi Bersepadu bersama Jabatan Imigresen di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MEMERIKSA PERSEKITAR­AN: Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memeriksa persekitar­an kawasan tapak pembinaan ketika menjalanka­n Operasi Bersepadu bersama Jabatan Imigresen di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia