Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp tidak berminat dengan jumlah gol jentera seranganny­a

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak berminat dengan jumlah gol jentera seranganny­a kerana mereka akan menjaringk­annya jika diberi peluang. Dua gol dari Roberto Firmino dan masingmasi­ng satu dari Philippe Coutinho, Trent Alexander-Arnold dan Alex OxladeC h a m - b e r l a i n memast i k a n Liverpool membel a s a h Swansea City 5- 0 di Anfield d a l a m aksi Liga Perdana Inggeris Selasa lepas.

Kemenangan mengekalka­n Liverpool dalam saingan untuk empat tangga teratas liga dan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan selain lima mata di belakang pasukan di tangga kedua liga, Manchester United.

Coutinho dan Firmino beraksi cemerlang untuk kemenangan di Anfield itu.

Bagaimanap­un, Klopp lebih suka bercakap tentang usaha berpasukan berbanding memberi pujian hanya kepada beberapa pemain secara individu.

Klopp berkata: “Saya gembira dengan semua pemain apabila mereka menjaringk­an gol tetapi saya tidak dapat berkata berapa banyak gol pemain ini atau pemain itu, saya tidak ambil peduli.

“Ia bukan mendapat perhatian saya. Jika kami bermain seperti ketika ini, maka pemain akan berada dalam situasi yang baik. Mereka akan menjaringk­an gol.

“Sadio Mane tidak bermain di sini tetapi beliau akan menjaringk­an gol jika kami bermain seperti ini, jika kami menurunkan pemain lain dalam situasi berbeza, ia sudah tentu situasi tidak sama.

“Apabila anda melihat keputusan 5-0, anda fikir ia perlawanan mudah tetapi ia tidak. Ia adalah hasil usaha yang gigih dan saya tidak mempunyai masalah dengan itu.

“Saya benar-benar gembira dengan apa yang kami pelajari dari perlawanan sebelum ini. Ia keputusan sempurna untuk kami, tiada pemain juga cedera. Tiga mata penting, lima gol, tanpa bolos, jadi semuanya bagus.”

Klopp mengeluark­an Firmino pada minit ke68 dan beliau menjelaska­n tindakan itu adalah untuk mengelak keletihan dengan beberapa lagi perlawanan dalam tempoh singkat walaupun Firmino, yang menjaringk­an enam gol dari tujuh perlawanan terakhir, mahu terus bermain.

“Anda boleh melihat beliau tidak gembira apabila saya mengeluark­annya tetapi sekurang- kurangnya saya boleh melakukan sesuatu yang masuk akal kerana ada banyak lagi perlawanan selepas ini,” kata Klopp.

“Saya menghargai usaha dan permainan Roberto dan saya gembira di mana beliau menjaringk­an dua gol tetapi saya tidak dapat berkata berapa banyak gol yang beliau jaringkan setakat musim ini.

“Saya merasakan beliau sentiasa mahu terlibat dan mencemaska­n pertahanan lawan. Dalam separuh masa pertama, beliau adalah pemain pertahanan, beliau di posisi pertahanan kiri dan di mana-mana posisi. Pada akhirnya beliau menjaringk­an dua gol, jadi ia sesuatu yang bagus sekali.” — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia