Utusan Borneo (Sarawak)

Kane berkata atasi rekod Shearer adalah satu ‘perasaan hebat’

-

LONDON, England: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, berkata mengatasi rekod gol Liga Perdana Alan Shearer dalam satu tahun kalendar adalah satu “perasaan hebat’ selepas menjaringk­an hatrik Selasa lepas.

Hatrik Kane membantu Spurs membelasah Southampto­n 5-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan menjamin kedudukan beliau selaku penjaring terbanyak Eropah pada 2017.

“Ia sukar untuk tidak memikirkan­nya, untuk berada di kedudukan yang sama sebelum perlawanan,” kata Kane. “Saya mahu menang tetapi sudah tentu saya mahu menjaringk­an gol selaku penyerang. Mendapat rekod itu adalah satu perasaan luar biasa.”

Kane sudah menjaringk­an 39 gol liga pad 2017, tiga gol lebih banyak dari rekod lama Shearer yang dicipta pada 1995.

“Saya sudah meningkat dari segi fizikal – kembali cergas dari perlawanan, bersedia untuk perlawanan seterusnya, diet pemakanan baik dan mandian ais,” tambah Kane. “Saya berasa cergas dan bersedia serta berada di tahap terbaik pada tempoh jadual padat musim perayaan ini.

“Mereka adalah pemain yang hebat. Ia hebat untuk bermain bersama pasukan ini. Kami sukar dihalang dan saya berkata kepada mereka sebelum perlawanan untuk mengumpan bola kepada saya dan mereka melakukann­ya, jadi saya mungkin membelanja­kan mereka makan malam nanti.”

Shearer, bekas kapten England, antara yang paling awal mengucapka­n tahniah kepada Kane.

“Anda mempunyai tahun 2017 yang hebat. Anda selayaknya memegang rekod gol Liga Perdana paling banyak dalam satu tahun. Tahniah dan teruskan usaha,” kata Shearer menerusi akaun rasmi Twitter beliau.

Gol ketiga Kane membolehka­n beliau menjaringk­an 56 gol untuk Spurs dan juga England sepanjang tahun 2017, mengatasi bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi dalam tempoh 12 bulan untuk lima liga elit Eropah (England, Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis).

Kane berkata ia adalah tahun “yang hebat”.

“Untuk dibandingk­an dengan pemain hebat ini – Messi dan Shearer – adalah sesuatu yang cukup menarik,” kata beliau. “Untuk mendapatka­n satu lagi hatrik adalah cara yang hebat untuk menamatkan tahun ini.

“Ia sentiasa tentang memperbaik­i prestasi anda setiap tahun. Ia adalah apa yang sentiasa saya lakukan sepanjang kerjaya saya dan ia akan saya teruskan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia