Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan berganda Lingard bantu United bangkit dari ketinggala­n ikat Burnley 2-2 pada aksi liga di Old Trafford

-

LONDON, England: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, menjadi penyerang paling berbisa di Eropah pada tahun 2017 apabila menjaringk­an hatrik kedua dalam tempoh empat hari untuk mengatasi rekod gol Liga Perdana Inggeris berusia 22 tahun ketika pasukannya membelasah Southampto­n 5- 2 Selasa lepas.

Seorang lagi penyerang yang juga mencuri perhatian ialah Jesse Lingard, yang menjaringk­an dua gol dengan gol penyamaan minit kecederaan ketika Manchester United bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum mengikat Burnley 2-2, sekali gus menafikan kemenangan pertama Burnley di Old Trafford sejak 1962.

United kekal di tangga kedua liga walaupun keputusan seri 2-2 yang kedua berturut-turut tetapi kini ketinggala­n 12 mata di belakang Manchester City, yang boleh menjarakka­n lagi kedudukan jika menewaskan Newcastle United pada perlawanan lewat.

Keputusan seri United membolehka­n Chelsea hanya kurang satu mata di belakang United selepas menewaskan Brighton dan Hove Albion 2-0 di Stamford Bridge.

Liverpool kembali merampas kedudukan di tangga keempat selepas tercicir seketika selepas kemenangan Spurs apabila membelasah Swansea City 5-0.

Roberto Firmi-

Saya berasa sangat bangga. Messi dan Ronaldo menguasai bola sepak begitu lama, mereka adalah dua pemain terhebat dunia. Harry Kane Penyerang Tottenham Hotspur

no menjaringk­an dua gol untuk Liverpool dengan Philippe Coutinho, Trent Alexander-Arnold dan Alex Oxlade- Chamberlai­n juga menjaringk­an gol untuk skuad kendalian Jurgen Klopp.

Namun perhatian utama tertumpu kepada Kane, penyerang antarabang­sa E n g - l a n d y a n g m e n - g a t a s i rekod 36 g o l liga pada satu kalendar satu tahun dengan menjaringk­an 39 gol pada tahun ini. Beliau juga mendahului senarai penjaring gol liga dengan 18 gol, selepas memenangi anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak) sejak dua musim terakhir. Dua rembatan jarak dekat dan satu penyudah cantik dari umpanan Dele Alli membolehka­n beliau menjaringk­an 56 gol dalam semua pertanding­an pada tahun ini, mengatasi bintang Barcelona, Lionel Messi, yang menjaringk­an 5 4 gol untuk Barcelona dan Argentina dalam tempoh 12 bulan. Kane adalah pemain pertama selain Cristiano Ronaldo dan Messi yang menamatkan satu tahun sebagai penjaring terbanyak di liga utama Eropah sejak 2009.

“Saya berasa sangat bangga. Messi dan Ronaldo menguasai bola sepak begitu lama, mereka adalah dua pemain terhebat dunia,” kata Kane.

“Saya berkata kepada pemain sebelum perlawanan untuk mengumpan bola kepada saya dan mereka melakukann­ya, jadi saya harus membelanja mereka makan.”

Dengan Manchester City bermain lewat, Man United mempunyai peluang untuk merapatkan jurang dengan 10 mata tetapi akhirnya mereka semakin ketinggala­n dengan 12 mata dengan Burnley hampir mencipta kejutan. Ashley Barnes membuka jaringan buat Burnley seawal minit ketiga dan gol kedua menyusul pada minit ke-36 dari satu tendangan percuma Steven Defour.

Mourinho memasukkan Lingard dalam separuh masa kedua menggantik­an Zlatan Ibrahimovi­c dan selepas terlepas satu peluang, beliau merapatkan kedudukan dengan satu tolakan kaki belakang. Burnley cuba bertahan untuk membawa pulang tiga mata berharga tetapi Lingard menjaringk­an gol penyamaan pada minit kecederaan.

“Kami seharusnya menang, ya. Saya berpuas hati dengan cara pasukan bermain, dengan cara pasukan bangkit dari ketinggala­n 0-2,” kata Mourinho.

Chelsea beraksi hambar di Stamford Bridge tetapi Alvaro Morata dan Marcos Alonso menjaringk­an gol selepas rehat untuk mencipta kemenangan dan mengumpul 42 mata dari 20 perlawanan.

Liverpool mengumpul 38 mata dengan Tottenham 37 dan Arsenal, yang bermain menentang Crystal Palace hari ini dengan 34 mata.

Saingan mengelak penyingkir­an semakin sengit dengan Bournemout­h mengikat kedudukan 3-3 pada minit kecederaan menentang West Ham United – dengan gol kontrovers­i Callum Wilson menafikan kemenangan West Ham.

Gol Wilson, selepas dua gol Marko Arnautovic membolehka­n West Ham mendahului 3-2, pada awalnya tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid tetapi kemudian disahkan oleh pengadil Bobby Madley.

“Kesilapan adalah pengadil mendapatka­n nasihat penjaga garisan. Beliau tahu beliau melakukan satu kesilapan tetapi kita semua melakukan kesilapan,” kata Arnautovic.

Keputusan menyebabka­n Bournemout­h berada di tangga ketiga dari bawah liga, satu mata dan satu anak tangga di belakang West Ham. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PENYELAMAT: Lingard (dua kiri) menjaringk­an gol penyamaan ketika beraksi pada perlawanan liga di Old Traford, Manchester pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters GOL PENYELAMAT: Lingard (dua kiri) menjaringk­an gol penyamaan ketika beraksi pada perlawanan liga di Old Traford, Manchester pada Selasa lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? REKOD BAHARU: Kane ceria selepas melengkapk­an jaringan hatriknya ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Wembley, London pada Selasa lepas.
— Gambar AFP REKOD BAHARU: Kane ceria selepas melengkapk­an jaringan hatriknya ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Wembley, London pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia