Utusan Borneo (Sarawak)

Saingan empat tangga teratas beri Chelsea motivasi yang diperlukan: Conte

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte menegaskan saingan untuk empat tangga teratas liga memberikan mereka motivasi yang diperlukan walaupun jika pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City terlalu jauh untuk dikejar.

Chelsea bangkit dari keputusan seri tanpa jaringan di Everton dengan menewaskan Brighton 2-0 Selasa lepas untuk berada kurang satu mata di belakang pasukan di tangga kedua, Manchester United.

Dengan City terus selesa di tangga teratas, Conte mengakui ia tidak kelihatan ada banyak peluang untuk merapatkan jurang.

Tetapi beliau menegaskan pasukannya masih bersemanga­t.

“Saya fikir dalam liga ini, ada motivasi hebat untuk semua orang iaitu untuk cuba, saya ulangi, terus bersaing sehingga ke akhirnya,” katanya.

“Saya tidak tahu jika kami akan memenangi kejuaraan. Ia bergantung kepada Manches- ter City. Mereka melakukan sesuatu yang luar biasa untuk memenangi setiap perlawanan dan seri hanya sekali sehingga sekarang. Ia bermakna mereka berada dalam satu tempoh yang hebat sekali. “J i k a tid-

ak, s u d a h t e n t u Chelsea, United, Tottenham, Arsenal dan Liverpool akan terus bersaing. Kami bersaing untuk satu tempat dalam Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

“Ada empat tempat untuk enam pasukan utama. Musim lepas, Manchester United dan Arsenal menamatkan saingan di tangga kelima dan keenam.

“Ada motivasi hebat untuk saya, untuk pemain dan kami mahu cuba memperbaik­inya.

“Musim kami bermula hambar tetapi kami mahu terus berusaha memperbaik­inya. Ada banyak pertanding­an.”

Alvaro Morata membuka jaringan buat Chelsea beberapa saat selepas rehat sebelum Marcos Alonso menambah jaringan pada minit ke-60 perlawanan di Stamford Bridge.

“Hari ini ia adalah positif untuk Alvaro menjaringk­an gol,” kata Conte. “Beliau penyerang utama kami, menentang Everton, beliau tidak beraksi.

“Dan Alonso, untuk menjaringk­an lima gol sehingga sekarang dan bagi seorang pemain pertahanan sayap, ia satu pencapaian hebat. Tetapi ia adalah penting untuk meneruskan rentak. Bukan berhenti menjaringk­an gol, kami perlukan gol bukan hanya dari penyerang sahaja.”

Conte mahu memperkuat­kan pasukan pada bulan Januari dan menarik perhatian kelab dengan memuji pemain tengah Bayern Munich, Arturo Vidal selepas ditanya tentang laporan mengaitkan pemain antarabang­sa Chile itu dengan perpindaha­n ke Chelsea.

“Saya harus bersikap jujur, ia tidak wajar untuk bercakap tentang seorang pemain dari kelab lain,” kata beliau.

“Terutama sekali jika anda cuba mengaitkan pemain itu dengan kami. Arturo adalah pemain yang hebat. Saya amat menghormat­i Arturo dan kami pernah bersama beberapa tahun di Juventus. Saya sentiasa mahukan beliau dalam pasukan saya.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PRESTASI HEBAT: Alonso (kiri) meraikan jaringanny­a bersama Morata ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton pada aksi liga di Stamford Bridge. London Selasa lepas.
— Gambar Reuters PRESTASI HEBAT: Alonso (kiri) meraikan jaringanny­a bersama Morata ketika membantu Chelsea menewaskan Brighton pada aksi liga di Stamford Bridge. London Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia