Utusan Borneo (Sarawak)

Hoki: THT sasar lebih satu piala musim depan

-

KUALA TERENGGANU: Juara bertahan hoki Piala TNB, Terengganu Hockey Team (THT) menyasarka­n lebih daripada satu piala untuk saingan baharu Liga Hoki Malaysia yang membuka tirai awal Januari ini.

Pengurus THT, Zaki Mohd Noor berkata mereka kini dalam keadaan bersiap sedia dalam memastikan THT mampu mencapai sasaran tersebut setelah gagal pada edisi sebelumnya.

“Kita akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalka­n kejuaraany­ang kita perolehi musim lalu dan memastikan Piala TNB masih menjadi milik kita dan meraih gelaran juara bagi Piala Tan Sri P Alagendra yang akan membuka tirai pada 4 Jan depan.

“Di samping itu kita akan mencuba merampas kembali gelaran juara bagi Liga Perdana Hoki Malaysia (MHL) dan Piala Sumbangsih yang dimenangi Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC),” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Turut hadir pengurus pasukan Hoki Perempuan Terengganu ( TLH), Nik Zarah Nik Abdul Kadir.

Zaki berkata, pasukannya kini juga giat menjalani latihankon­dusif bermula dua minggu lalu di Kuala Lumpur untuk persiapan dan berharap semua persiapan berjalan lancar.

“Proses kemasukan enam pemain import berjalan lancar antaranya bintang hoki Argentina iaitu pakar pukulan sudut penalti, Gonzalo Pelliat. Selepas rundingan demi rundingan selama empat bulan bermula September lalu..akhirnya Pelliat bersetuju untuk menyertai pasukan kita.

“Rakan senegara Pelliat iaitu Joaquin Menini, Pablo Javier Trevisan dan Barreiros Lopez turut menyertai THT sementara pemain import dari Jerman, Moritz Erhand dan pemain import dari Pakistan akan tiba seawal 2 Jan nanti.

“Kita turut kekalkan pasangan adik beradik Fitri Saari dan Faizal Saari, penjaga gol Mohd Hafizuddin Othman dan membawa masuk pemain muda yang dikenalpas­ti potensi mereka dan juga merupakan atlet SUKMA Sarawak 2016 antaranya Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran , Muhammad Firdaus Omar (TNB), dan Sufi Ismat Rahul Amin (UniKL),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TERBAIK: Wilshere bakal diturunkan dalam kesebelasa­n utama selepas mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika menentang Liverpool pada 22 Disember lepas.
— Gambar AFP AKSI TERBAIK: Wilshere bakal diturunkan dalam kesebelasa­n utama selepas mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika menentang Liverpool pada 22 Disember lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia