Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad kendalian Wenger akan semakin tercicir dari saingan empat tangga teratas jika gagal bawa pulang tiga mata penuh di Selhurst Park

-

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, tahu pasukannya tidak mampu mengulangi apa yang berlaku pada kunjungan terakhir ke Selhurst Park sebelum ini apabila menentang Crystal Palace hari ini.

Arsenal mendapat kelebihan rehat tambahan berbanding pencabar lain dalam saingan empat tangga teratas dan menentang Palace enam hari selepas seri 3-3 dengan Liverpool.

Tetapi mereka melihat Liverpool, Tottenham dan Chelsea mengutip tiga mata penuh untuk mengekalka­n saingan di empat tangga teratas.

Ini bermakna Wenger berdepan dengan Palace menyedari mereka akan semakin tercicir dari saingan jika gagal membawa pulang tiga mata penuh.

Ia adalah tugas yang sukar kerana pada kunjungan terakhir di Selhurst Park pada bulan April, mereka tewas 0-3.

Ketika itu, Palace juga bersaing mengelak penyingkir­an dan mereka menewaskan pasukan Arsenal yang hilang keyakinan dalam usaha menamatkan saingan di empat tangga teratas liga dan gagal melayakkan

Beliau bermain lebih baik sekarang berbanding dua atau tiga tahun yang lalu. Ia sesuatu yang positif, secara keseluruha­nnya beliau berada dalam tahap kecergasan yang baik. Arsene Wenger Pengurus Arsenal

tempat ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak di bawah kendalian Wenger.

Kali ini, jurang di belakang Liverpool (di tangga keempat liga) adalah kurang empat mata, dengan kemenangan akan membolehka­n mereka berkongsi mata dengan Tottenham Hotspur di tangga kelima.

Musim ini menyaksika­n banyak kejutan tetapi menjelang separuh kedua musim, ia pasti- nya satu kerugian b e s a r jika ada petanda Arsenal semakin ketinggala­n, terutama sekali dengan masa depan dua pemain utama, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil masih belum diselesaik­an. Sama ada dua pemain itu akan terus kekal selepas musim ini apabila kontrak mereka berakhir, bakal menjadi tanda tanya tetapi Wenger menawarkan petanda di mana Jack Wilshere akan diberikan kontrak baharu. Wilshere k e m b a l i m e n e m - patkan diri dalam kesebelasa­n utama Arsenal selepas memulakan musim dengan kecederaan dan beliau juga mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika menentang Liverpool. “Beliau bermain lebih baik sekarang berbanding dua atau tiga tahun yang lalu. Ia sesuatu yang positif, secara keseluruha­nnya beliau be- r a d a d a l a m ta-

h a p kecergasan yang baik,” kata Wenger.

Wenger tahu pasukannya harus memperbaik­i benteng pertahanan dalam separuh masa pertama, yang hampir menyebabka­n kekalahan ketika menentang Liverpool.

Palace bagaimanap­un tidak seperti Liverpool yang berbisa di jentera serangan tetapi penyerangn­ya, Wilfried Zaha menunjukka­n prestasi memberangs­angkan menyebabka­n beliau dikaitkan sekali lagi dengan perpindaha­n, dikhabarka­n sama ada ke Manchester City atau Tottenham Hotspur.

Seorang lagi penyerang Palace, Christian Benteke, dapat diturunkan selepas digantung pada perlawanan menentang Swansea.

Keputusan seri di Swansea membolehka­n Palace mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan dan pemain tengah, Luka Milivojevi­c berkata; “Selepas tujuh perlawanan pertama, kami tidak mengutip sebarang mata atau menjaringk­an sebarang gol tetapi sekarang berada pada kedudukan lebih baik dengan lapan perlawanan tanpa kalah.

“Kami perlu meneruskan rentak ini. Banyak lagi perlawanan akan menyusul. Kami mempunyai perlawanan penting selepas ini dan akan cuba melakukan yang terbaik untuk kelab.

“Ia bukan mudah kerana beraksi tiga perlawanan dalam tempoh singkat tetapi kami tahu apa yang harus kami lakukan dan kami akan bersedia.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia