Utusan Borneo (Sarawak)

Kombinasi pemain import dan tempatan mampu melonjakka­n pasukan Sang Kancil

-

MELAKA: MelakaUnit­ed (MU) berharap kombinasi baharu pemain import dan tempatan mampu melonjak pasukan Sang Kancil itu berada dalam lima pasukan terbaik saingan Liga Super pada musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk Mohd Yusof Mahadi berkata pasukan MU yang berwajah baharu kini lebih bersedia untuk menghadapi saingan musim baharu Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

“MU kini mempunyai pemain tempatan yang lebih berpengala­man berbanding sebelum ini apabila sebahagian besar pemain mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Super.

“Sebelum ini, MU hanya mempunyai satu atau dua orang pemain sahaja yang pernah beraksi dalam Liga Super namun kini kita mempunyai pemain tempatan berpengala­man seperti S. Chanturu, R. Gopinathan dan Ahmad Fakri Saarani yang diharap dapat membantu pasukan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya semua pemain import telah dipilih oleh jurulatih Enduardo Almeida sendiri dan beliau bertanggun­gjawab untuk memastikan bahawa kesemua pemain, baik pemain tempatan mahupun import mampu bergerak sebagai satu pasukan apabila beraksi di padang nanti.

Pemain import pasu- kan MU terdiri daripada Yahor Zubovich (Belarus), Shahdan Sulaiman (Singapura), Tiago Gomes (Portugal), Steven Thicot (Perancis) dan Jeon Woo Young (Korea Selatan).

“Saya harap masalah yang sama tidak akan berulang tahun ini apabila kita mengalami masalah jurang persefaham­an antara pemain tempatan dan pemain import walaupun MU mempunyai barisan pemain import yang baik pada ketika itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia