Utusan Borneo (Sarawak)

De Paula memburu kejayaan besar bersama Kuala Lumpur

-

KUALA LUMPUR: Penyerang handalan Kuala Lumpur, Guilherme de Paula berazam mendapatka­n lebih banyak gol untuk pasukan itu pada kejohanan bola sepak Liga Super musim depan.

Pemain Brazil berusia 31 tahun itu, yang menjaringk­an 27 gol untuk meraih anugerah Kasut Emas pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan barubaru ini, yakin dapat mencapai sasaran itu dengan kehadiran dua lagi pemain Brazil dalam pasukan berkenaan.

Kuala Lumpur, yang juga dikenali sebagai ‘The Hawks’, telah mendapatka­n khidmat bekas pemain Selangor Junior Aparecido serta pemain tengah Sarawak Paulo Josue, selain beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Indra Putra Mahayuddin dari Kelantan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dari Perak untuk menghadapi saingan pada musim depan.

“Saya berharap dapat meneruskan prestasi cemerlang dengan Kuala Lumpur pada musim depan dan membantu pasukan ini mencapai kedudukan lebih baik, walaupun cabarannya tentu lebih sengit berbanding dalam Liga Premier,” katanya kepada Bernama.

Mengulas tentang anugerah Kasut Emas yang dimenangin­ya, de Paula, yang pernah bermain untuk Selangor dan PDRM, berkata dia mendedikas­ikan trofi itu kepada keluargany­a, rakan sepasukan dan pihak pengurusan yang banyak menyokongn­ya.

Penyerang handalan ini pernah menjulang Piala Malaysia ketika beraksi untuk Selangor pada 2015 dan mengemudi Kuala Lumpur menjuarai Liga Premier musim ini, sekali gus melayakkan pasukan itu beraksi dalam Liga Super tahun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia