Utusan Borneo (Sarawak)

Nada kecewa terus disuarakan peminat sukan angkat berat

-

KUCHING: Nada kecewa terus disuarakan peminat sukan angkat berat di sini susulan keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) menggugurk­an acara itu daripada senarai sukan teras termasuk pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

Semalam, giliran Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Sarawak (PABNS), Gerald Rentap Jabu membidas keputusan kontrovers­i diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu sebelum ini.

“Kerajaan negeri telah lama membuat persiapan melibatkan banyak pusat latihan di seluruh negeri termasuk atlet-atlet, jurulatih dan pegawai-pegawai teknikal.

“Ini juga melibatkan perancanga­n dan kos yang kita buat bersama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS),” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Gerald yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar menyifatka­n tindakan menggugurk­an acara angkat berat pada SUKMA 2018 disebabkan penyalahgu­naan dadah oleh atlet-atlet kebangsaan sebagai tidak wajar.

“Kerana setitik nila rosak santan sebelanga. Atlet kebangsaan di bawah MSN, merekalah yang bertanggun­gjawab.

“Kita di peringkat negeri memang mengambil berat dengan ‘ anti- doping’ sehingga kita menjemput Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) pada kejohanan yang kita adakan,” tegas beliau.

Gerald berkata, apa yang pasti Persekutua­n Angkat Berat Malaysia ( PABM) tidak berdiam diri dan membuat rayuan bersama semua persatuan negeri mendesak MSN menarik balik keputusan itu.

Menurutnya, masa depan sukan itu hanya diketahui selepas PABM bermesyuar­at tidak lama lagi.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan MSN Sarawak untuk mendapat pandangan serta hala tuju sukan angkat berat negeri.

“Banyak faktor untuk dipertimba­ngkan termasuk atlet-atlet, jurulatih-jurulatih dan perancanga­n jangka panjang,” katanya.

Selain angkat berat, taekwondo dan sepak takraw turut digugurkan oleh MSN daripada senarai sukan teras berikutan penurunan prestasi.

 ??  ?? GERALD
GERALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia