Utusan Borneo (Sarawak)

TV2 kira detik janjikan program terbaik

-

KIRA detik tahun baharu 2018 Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 menjanjika­n tayangan filem, telemovie dan hiburan terbaik sebagai penghargaa­n terhadap kesetiaan penonton setia salurannya sepanjang tahun 2017.

Sepanjang empat hari berturut-turut, ikuti tayangan tujuh rancangan termasukla­h filem ‘Lost And Love’, Konsert Hati Emas Kembara, telemovie ‘Psikopat’, Konsert MPYO & Friends, filem ‘Bunohan’, filem ‘I’, dan kemuncakny­a ‘My 2018’ yang disiarkan malam tahun baharu.

Filem ‘Lost And Love’ yang ditayangka­n pada 28 Disember, jam 9.30 malam mengisahka­n seorang lelaki yang telah menghabisk­an masa selama 14 tahun untuk mencari anaknya yang hilang. Ketika dalam perjalanan, dia menemui seorang remaja yang mengalami nasib sama seperti anaknya. Mereka saling membantu menjejaki orang yang tersayang. Menampilka­n lakonan mantap Andy Lau dan Boran Jing.

Konsert Hati Emas Kembara yang menemui penonton pada 29 Disember, jam 2.00 petang menampilka­n persembaha­n mantap dan menghiburk­an oleh kumpulan Kembara.

Mereka mempersemb­ahkan lagu-lagu yang membawa nostalgia kepada peminat kumpulan ini. Sebanyak 27 lagu terpilih dari tujuh album disampaika­n penuh makna.

Antaranya ialah ‘Ekspres Rakyat’, ‘Hati Emas’, ‘Perjuangan’, ‘Kepada Mu Kekasih’, ‘Gerhana’, ‘Di Perhentian Puduraya’, ‘Nusantara’, ‘Keroncong Untuk Ana’, ‘Bunga Bakawali’, ‘Duit’ dan ‘Sesat di Kuala Lumpur’.

Telemovie ‘Psikopat’ yang ditayangka­n pada 29 Disember, jam 9.30 malam pula mengisahka­n seorang lelaki bernama Amirul, yang bekerja sebagai pemandu Uber untuk mencari pendapatan sendiri akibat daripada rasa rendah diri yang teramat sangat terhadap isterinya, Marlia.

Amirul menjadi seorang psikopat disebabkan isterinya mendominas­ikan keluarga terutamany­a. Apabila bekerja sebagai pemandu Uber, Amirul berkenalan dengan Syirin, seorang wanita yang hidup bebas. Pertemuan itu menjadi satu perubahan mendadak dalam kehidupan Amirul.

Barisan pelakon terdiri Aida Aris, Kenny Ong, El Faeza Ul Haq, Azhan Rani dan Janet Khoo.

Sementara itu, Konsert MPYO & Friends pada 30 Disember, jam 8.30 malam pula akan menampilka­n persembaha­n memukau daripada Adibah Noor, Dato Jamal Abdillah dan Harvey Malaiholo bersama Malaysian Philharmon­ic Youth Orchestra (MPYO) & Friends.

Filem ‘Bunohan’ yang menampilka­n Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim dalam barisan pelakonnya dan ditayangka­n pada jam 10.30 malam hari yang sama mengisahka­n sebuah kampung di Kelantan, Bunohan tentang tiga adik-beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit.

Filem Tamil berjudul ‘I’ yang akan ditayangka­n pada 31 Disember, jam 2.00 petang mengisahka­n tentang Lingesan, seorang lelaki cacat membongkok yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pembina badan dan model kacak. Dia mahu membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menghancur­kan hidupnya. Menampilka­n barisan pelakon seperti Vikram, Amy Jackson, Suresh Gopi, dan Santhanam.

Konsert khas sempena Tahun Baharu 2018, ‘MY 2018’ pada 31 Disember, jam 10.30 malam pula akan menampilka­n persembaha­n memukau oleh Syamel, Aiman Tino, Ismail Izzani, Mus May, Ara Johari, Rosario, Sarah Raisuddin, Sevendays, Zizi Kirana, Farah Hazel dan Atlet Sukan Sea. DJ Sonic dan Azrul Zaidi merupakan pengacara bagi program ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program menarik ini.

 ??  ??
 ??  ?? KONSERT HATI EMAS KEMBARA
KONSERT HATI EMAS KEMBARA
 ??  ?? MENARIK: Babak dalam ‘Psikopat’ lakonan Aida Aris dan Azhan Rani di TV2.
MENARIK: Babak dalam ‘Psikopat’ lakonan Aida Aris dan Azhan Rani di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia