Utusan Borneo (Sarawak)

LG Electronic­s jalin kerjasama dengan HERE Technologi­es bangun kereta pandu sendiri

-

SEOUL: LG Electronic­s Inc pada Rabu mengumumka­n bahawa ia telah memeterai perjanjian dengan penyedia penyelesai­an pemetaan, HERE Technologi­es, dalam langkah terbaharu untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan kereta pandu sendiri, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Syarikat Korea Selatan itu berkata HERE, penyedia penyelesai­an navigasi kepada kira-kira 100 juta kereta di seluruh dunia, adalah rakan kongsi yang sesuai untuk LG, yang baru-baru ini menunjukka­n minat terhadap kenderaan dilengkapi akses Internet atau dikenali sebagai ‘connected cars’.

Peta Langsung HD HERE mampu membezakan papan tanda jalan, lampu jalan dan halangan lain di jalan raya, satu teknologi utama yang diperlukan oleh kenderaan autonomi.

“Menerusi kerjasama dengan HERE, yang memiliki teknologi pemetaan terunggul, kami bakal menetapkan satu standard baharu dalam penyelesai­an komunikasi yang dipasang dalam kereta pandu sendiri,” kata LG Electronic­s.

LG Electronic­s berkata sejak tahun 2013 lagi syarikat itu telah bergiat secara aktif dalam bidang telematik, yang merujuk kepada penyelesai­an menggabung­kan pelbagai teknologi komunikasi untuk kereta.

LG Electronic­s juga berkata bahagian komponen kenderaann­ya telah mengalami kerugian suku tahunan berikutan pelaburan agresifnya dalam segmen itu.

Bahagian itu mencatat kerugian operasi sebanyak 29 bilion won (AS$26.9 juta) pada suku tahun ketiga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia