Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun ikrar bantuan AS$40j untuk rakyat Palestin

-

JERICHO ( TEBING BARAT): Menteri Luar Jepun, Taro Kono, pada Selasa berkata negara itu akan menyediaka­n kira-kira AS$40 juta sebagai bantuan baharu kepada rakyat Palestin, lapor agensi berita Jiji Press.

Bantuan kewangan itu akan dimanfaat untuk mempromosi inisiatif Koridor Keamanan dan Kemakmuran Jepun yang bertujuan membangunk­an ekonomi Palestin.

Kono mengumumka­n bantuan itu ketika beliau melawat kompleks memproses produk ladang di bandar Jericho di Tebing Barat yang memainkan peranan penting dalam inisiatif Jepun tersebut.

Pada satu majlis yang diadakan bagi meraikan kawasan baharu di sebuah taman perindustr­ian, Kono berkata Jepun akan berusaha sedaya-upaya untuk mencapai keamanan di Timur Tengah meskipun terdapat banyak halangan yang perlu diatasi.

Beliau berkata, Jepun secara khusus akan menyediaka­n bantuan untuk membangunk­an sumber manusia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, memulakan perniagaan baharu serta melicinkan sistem pengagihan produk di kawasan taman perindustr­ian itu.

Kono merupakan menteri pertama dalam kalangan kuasa besar yang mengadakan rundingan dengan pemimpin tertinggi Israel dan Palestin sejak Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumka­n awal bulan ini bahawa negara itu mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel.

Dalam pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas, Kono mengulangi bahawa Jepun menyokong penyelesai­an dua negara dalam konflik Israel-Palestin, serta menggesa kedua-dua pihak menyelesai­kannya melalui rundingan langsung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia