Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas presiden cadangkan kematian sebagai tindakan bunuh diri

-

BUENOS AIRES: Alberto Nisman, pendakwa raya Argentina yang ditemui meninggal dunia beberapa hari selepas menuduh bekas Presiden Cristina Fernandez sebagai melindungi peranan Iran dalam pengeboman sebuah pusat komuniti Yahudi pada 1994, telah dibunuh, menurut seorang hakim persekutua­n kelmarin.

Dalam satu keputusan sebanyak 656 muka surat, hakim Julian Ercolini menyatakan terdapat bukti yang mencukupi bagi memutuskan bahawa tembakan pada bahagian kepala yang membunuh Nisman pada Januari 2015 bukan dilakukann­ya sendiri. Itu menandakan kali pertama mana- mana hakim telah menyatakan kes sebagai satu pembunuhan.

Fernandez dan mereka yang lain telah mencadangk­an kematian sebagai satu tindakan bunuh diri, namun seorang pendakwa raya menyiasat kes pada tahun lepas mencadangk­an ia boleh diikuti sebagai satu siasatan pembunuhan.

“Kematian Nisman tidak dapat dibuktikan sebagai satu tindakan bunuh diri,” Ercolini menulis dalam kepu- tusan kelmarin, yang turut mendakwa Diego Lagomarsin­o, seorang bekas pekerja Nisman, dengan kaitan bagi pembunuhan.

Lagomarsin­o telah dimaklumka­n meminjam Nisman senjata yang membunuhny­a pada hari sebelum beliau dijangka akan hadir di depan Kongres untuk memberitah­u tuduhannya terhadap Fernandez. Namun beliau telah menyatakan Nisman telah meminta senjata daripadany­a bagi melindungi diri dan keluargany­a.

Fernandez, sekarang seorang senator, telah didakwa bagi pengkhiana­tan pada awal bulan ini bagi tuduhan Nisman bahawa beliau telah bertindak di belakang tabir bagi membebaska­n Iran dari kesalahan untuk serangan ke atas pusat Yahudi AMLA, yang telah mengorbank­an 85 orang, dalam satu usaha untuk mengembali­kan hubungan seperti sedia kala dan mendapat satu perjanjian gandum untuk minyak pada 2013 dengan Tehran.

Beberapa buah kumpulan hak asasi manusia dan bekas ketua Interpol telah mengkritik pertuduhan tersebut. Tehran telah menafikan hubungan dengan serangan tersebut. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia