Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Myanmar reman lanjut dua orang wartawan Reuters

-

YANGON: Penahanan dua orang wartawan Reuters di Myanmar telah dilanjutka­n selama dua minggu lagi, menurut sebuah mahkamah semalam, dalam kemunculan pertama kedua-dua mereka sejak penahanan mereka pada 12 Disember di bawah undang-undang kerahsiaan era-koloni yang sangat ketat dan kejam.

Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27 – rakyat Myanmar yang telah membuat laporan mengenai satu tindakan diketuai oleh pihak tentera terhadap penduduk Islam Rohingya – telah ditangkap selepas dijemput untuk menemui polis bagi makan malam di luar bandar Yangon.

Mereka telah berdepan dengan hukuman penjara selama 14 tahun di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana dikatakan memiliki dokumen yang berkaitan dengan serangan tentera di wilayah Rakhine – satu isu yang sangat sensitif di Myanmar.

PBB menyatakan pihak tentera mungkin bersalah bagi tindakan pembersiha­n etnik dan mungkin telah melakukan genosid terhadap puak minoriti Islam, kirakira 655,000 orang daripada mereka telah meninggalk­an negara sejak pihak tentera melancarka­n satu serangan terhadap pemberonta­k Rohingya pada lewat Ogos.

Myanmar menafikan dak- waan dan telah mengawal dengan ketat media serta akses PBB ke kawasan konflik.

Pegawai Myanmar telah menolak untuk memberikan komen tentang di mana wartawan Reuters itu sedang ditahan atau bila mereka akan dibebaskan.

Semalam, kedua-dua mere- ka hadir di khalayak ramai buat kali pertama di sebuah mahkamah di luar bandar Yangon, di mana mereka telah ditemui oleh ahli keluarga yang menangis di mana mereka tidak dibenarkan bagi sebagai hubungan dengan dua orang lelaki tersebut.

“Mereka tidak melayan saya dengan jahat,” Wa Lone memberitah­u AFP di dalam mahkamah.

Wartawan lain, Kyaw Soe Oo, telah menggesa wartawan lain agar berjaga-jaga dalam komen ringkas kepada AFP.

“Tolong maklumkan kepada rakan-rakan wartawan agar berhati-hati. Ia adalah be- nar-benar menakutkan. Kami tidak melakukan sebarang kesalahan,” tegas beliau.

Hakim Ohn Myint telah melanjutka­n tempoh reman mereka sehingga 10 Januari, memberitah­u mahkamah “soalsiasat masih dilakukan.”

Penahanan telah dikecam sepenuhnya ketika petunjuk baharu bagi kebebasan media yang merosot di Myanmar, yang masih lagi mempertaha­nkan satu legasi pemerintah­an junta kejam selama 50 tahun.

Demokrasi yang muncul sekarang diketuai oleh bekas aktivis demokrasi Aung San Suu Kyi, yang telah memegang jawatan ketika pilihan raya pada 2015.

Namun pentadbira­n awamnya harus berkongsi kuasa dengan sebuah pasukan tentera yang mengekalka­n kawalan tegas terhadap polisi keselamata­n dan bahagian utama lain dalam kerajaan.

Sekurang- kurangnya 11 orang wartawan telah diarahkan di Myanmar pada 2017. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIREMAN: Wa Lone (tengah) tiba di mahkamah di Yangon semalam.
— Gambar AFP DIREMAN: Wa Lone (tengah) tiba di mahkamah di Yangon semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? TURUT DIREMAN: Kyaw Soe Oo (tengah), tiba di mahkamah di Yangon semalam.
— Gambar AFP TURUT DIREMAN: Kyaw Soe Oo (tengah), tiba di mahkamah di Yangon semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia