Utusan Borneo (Sarawak)

Seludup pil tahan sakit, wanita Britain dihukum penjara 3 tahun di Mesir

-

KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir telah menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang wanita Britain kelmarin kerana menyeludup kira-kira 300 biji pil tahan sakit ke dalam negara, dalam satu keputusan yang menurut pasukan pembelaann­ya bahawa dia akan merayu untuk menolak atau meringanka­n hukuman..

Laura Plummer, seorang pekerja kedai berusia 33 tahun dari Hull, telah ditangkap pada Oktober selepas pil Tramadol ditemui di dalam beg pakaiannya. Keluargany­a memberitah­u akhbar British dia telah membeli pil tersebut untuk pasangan rakyat Mesir yang menetap di pusat peranginan Hurghada di Laut Merah.

Plummer telah menghadiri satu perbicaraa­n bagi kesnya pada Isnin lepas, sebelum penjatuhan hukuman kelmarin. Mahkamah turut memutuskan bahawa dia harus membayar denda sebanyak 100,000 pound Mesir.

Tramadol adalah ubat preskripsi yang sah dari segi undang-undang di Britain, namun ia diharamkan di Mesir. Plummer telah ditangkap sebaik tiba dari Britain pada October, dan penahanann­ya telah dilanjutka­n sebanyak dua kali disebabkan oleh kehadirann­ya di mahkamah.

Keluarga Plummer menyatakan kelmarin mereka berasa kecewa dengan cara perbicaraa­n telah dilakukan.

“Sejak hari pertama, ini telah menjadi satu mimpi ngeri. Kelmarin di dalam mahkamah dia malah tidak dibenarkan mempunyai seorang penterjema­h bahasa sendiri. Dia perlu mendapatka­n penter- jemah mahkamah yang telah menterjema­hkan jawapan yang salah,” kakaknya Jayne Synclair berkata, bercakap di dalam televisyen BBC.

Keluarga tersebut menyatakan Plummer turut dipaksa untuk menandatan­gani dokumen berbahasa Arab yang dia sendiri tidak fahami.

“Dua berada di ambang satu ketegangan mental…. Ia adalah sangat dahsyat,” menurut kakaknya.

Peguamnya menyatakan Plummer akan mengemukak­an rayuan, cuba untuk menarik balik keputusan atau agar hukuman diringanka­n, yang mana kemungkina­n dalam dua bulan selepas penjatuhan hukuman. Beliau menambah bahawa dia tidak mengetahui bahawa Tramadol diharamkan di Mesir.

B e r c a k a p k e p a d a mahkamah bagi pihak Plummer, peguam tersebut, menyatakan dia tidak mempunyai niat jenayah ketika membawa masuk ubat tahan sakit tersebut.

Pada Isnin lepas peguam tersebut, Mohamed Othman, memberitah­u Reuters: “Ia adalah tidak logik bahawa dia menjual Tramadol. Dia hanya mempunyai 320 biji pil. Malah tiket kapal terbang adalah hampir dua kali ganda dari harga pil tersebut.”

Seorang jurucakap dari Pejabat Komanwel dan Luar Negara Britain menyatakan: “Kami akan terus memberikan batuan kepada Laura dan keluargany­a berikutan dengan keputusan mahkamah di Mesir, dan kedutaan kami telah sering berhubung dengan pihak berkuasa Mesir.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia