Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas menteri Ivory Coast dituduh bersubahat sebabkan kematian 18 mangsa

-

ABIDJAN: Seorang bekas menteri Ivory Coast telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun kelmarin kerana bersubahat dalam satu serangan pada 2012 di barat Ivory Coast yang mengorbank­an 18 orang, termasuk tujuh anggota tentera pengaman PBB.

Hubert Oulaye, 64, bekas menteri kerja awam di bawah bekas presiden Laurent Gbagbo, “menyediaka­n bantuan kewangan bagi melakukan satu pemberonta­kan di barat” negara, menurut pihak pendakwa raya umum.

“Persubahat­an adalah sesuatu yang lebih berbahaya berbanding dengan pelaku,” tambah beliau.

Oulaye telah menolak keputusan sebagai satu “pensabitan politik” dan kembali ke tanah air selepas peguamnya berjanji akan merayu terhadap keputusan itu.

Serangan berlaku ketika Ivory Coast sedang terumbang-ambing akibat keganasan berpunca ketika Gbagbo enggan untuk meletakkan jawatan selepas kalah dalam pilihan raya presiden kepada pemimpin sekarang Alassane Ouattara.

Gbagbo sedang dihadapkan dalam perbicaraa­n di Mahkamah Jenayah Antarabang­sa di The Hague bagi jenayah yang dikatakan terhadap kemanusiaa­n dilakukan semasa krisis, di mana 3,000 orang telah terkorban.

Peguam Oulaye, Rodrigue Dadje telah menyatakan keputusan itu sebagai “Satu keputusan politik” dan memberikan amaran ia akan mencetuska­n kes undang-undang yang berbahaya dan penuh rasa dendam.

“Kami akan berada dalam satu pusingan tanpa penamat bagi dendam. Kami memerlukan keadilan yang berpatutan dan telus, bukan sesuatu yang menjatuhka­n hukuman selama 20 tahun tanpa sebarang bukti,” jelas beliau.

Oulaye telah ditangkap enam bulan selepas beliau pulang dari buangan di Ghana, dan beberapa hari selepas terlibat dalam satu mesyuarat dengan “pemberonta­k” dalam parti Gbagbo, Ivorian Popular Front (FPI).

“Pemberonta­k” telah menganggap diri mereka sebagai pengawal legasi Gbagbo dan memboikot semua pilihan raya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSUBAHAT: Oulaye ( tengah), dituduh kerana bersubahat dalam satu serangan pada 2012 di barat Ivory Coast yang mengorbank­an 18 orang, termasuk tujuh anggota tentera pengaman PBB berdiri dengan peguamnya Rodrigue Dadje (kiri) dan Gogo Achille (kanan)...
— Gambar AFP BERSUBAHAT: Oulaye ( tengah), dituduh kerana bersubahat dalam satu serangan pada 2012 di barat Ivory Coast yang mengorbank­an 18 orang, termasuk tujuh anggota tentera pengaman PBB berdiri dengan peguamnya Rodrigue Dadje (kiri) dan Gogo Achille (kanan)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia