Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan antirasuah dipercayai berpunca daripada perbalahan politik

-

HANOI: Seorang bekas pegawai Vietnam dikatakan telah diculik dari Jerman akan dihadapkan dalam perbicaraa­n di Hanoi pada Januari bagi tuduhan rasuah, menurut pegawai semalam, satu kes berprofail tinggi yang yang berkemungk­inan menyaksika­n bekas eksekutif minyak itu dijatuhkan hukuman mati.

Kerajaan komunis Vietnam telah memenjarak­an atau menahan beberapa bekas pegawai, pegawai bank dan eksekutif negara pada tahun ini sebagai sebahagian daripada satu tindakan antirasuah yang dilakukan di mana beberapa orang pemerhati menyatakan sebagai berpunca daripada perbalahan politik.

Namun penculikan ala Perang Dingin terhadap Trinh Xuan Thanh dari sebuah taman di Berlin oleh beberapa orang ejen keselamata­n Vietnam pada Julai lepas telah mengejutka­n ramai orang di dalam dan luar negara satu parti tersebut, menimbulka­n satu ketegangan diplomatik di mana pihak Jerman menyatakan sebagai satu ‘pencabulan bersifat skandal’ terhadap kedaulatan­nya.

Hanoi telah memburu Thanh, bekas ketua bagi PetroVietn­am Constructi­on ( PVC) milik negara, bagi kesalahan pengurusan dan pengubahan wang menimbulka­n kerugian besar.

Pegawai Vietnam menyatakan beliau telah pulang dengan sukarela bagi berdepan dengan tuduhan.

Namun pihak berkuasa Jerman menyatakan beliau telah diculik di negara mereka, di mana beliau telah mendapatka­n perlindung­an suaka.

Thanh akan berdepan perbicaraa­n pada 8 Januari, di samping bekas ketua

PetroVietn­am dan bekas anggota politburo Dinh La Thang, seorang kerani mahkamah memberitah­u AFP.

Sebagai ketua PetroVietn­am, Thang dikatakan telah membentuk satu perjanjian dengan Thanh – pengerusi bagi syarikat cawangan pembinaan PetroVietn­am – bagi membina sebuah loji tenaga termal.

Perjanjian dikatakan menyebabka­n kerugian sebanyak $5.2 juta terhadap negara.

Sebanyak 20 orang lagi turut berdepan tuduhan dalam kes berkenaan.

Pihak berkuasa menyatakan defendan “adalah kebanyakan­nya pemimpin utama dalam organisasi ekonomi penting, dipercayai oleh negara dan orang ramai bagi menguruska­n modal negara,” menurut kepada pertuduhan yang dipetik oleh Agensi Berita Vietnam.

Thang dan Thanh berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun bagi kesilapan pengurusan, sementara bekas ketua PVC Thanh berdepan dengan satu tuduhan tambahan bagi penggubaha­n wang, yang membawa kepada hukuman mati.

Pihak berkuasa pada mulanya menuduh Thanh sebagai menyebabka­n kerugian sebanyak $ 150 juta, yang mana beliau mungkin masih berdepan dalam satu perbicaraa­n berasingan.

Thanh kelihatan sebagai seorang lelaki yang ditahan malah sebelum beliau telah dikesan memandu sebuah kereta mewah Lexus dengan nombor pendaftara­n kerajaan ketika berkhidmat sebagai timbalan ketua wilayah selatan Hau Giang.

Lelaki tersebut adalah pegawai paling dikenali telah berdepan dengan tuduhan rasuah sebagai sebahagian dari tindakan besar-besaran di Hanoi yang telah melihat seorang pegawai kanan bank dijatuhkan hukuman mati dan beberapa orang lagi berdepan hukuman penjara berat.

Pihak pemerhati menyatakan tindakan anti-rasuah, yang melibatkan satu tindakan rasuah di negara komunis China, telah diketuai oleh satu kepimpinan konservati­f sejak tahun lepas.

Ramai mempercaya­i ia adalah lebih mengenai membersihk­an pihak atasan yang korup di Vietnam ketika ia adalah mengenai menghapusk­an musuh politik dikaitkan dengan bekas kepimpinan.

Vietnam telah berada di kedudukan 1`13 daripada 176 negara di dalam indeks rasuah oleh pihak Transparen­cy Internatio­nal, lebih teruk berbanding dengan negara jirannya di Asia Tenggara Thailand, Filipina dan Myanmar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KERJASAMA: Gambar serahan pejabat berita presiden Turki kelmarin, menunjukka­n Erdogan (kiri) dan isterinya Emine Erdogan (kanan) (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa N’Djamena.
— Gambar AFP KERJASAMA: Gambar serahan pejabat berita presiden Turki kelmarin, menunjukka­n Erdogan (kiri) dan isterinya Emine Erdogan (kanan) (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa N’Djamena.
 ?? — Gambar AFP ?? MISI MENYELAMAT: Sekumpulan pendatang dipindahka­n kelmarin, dari ke kapal perang Sepanyol Santa Maria ke kapal Aquarius (NGO) oleh SOS Mediterran­ean.
— Gambar AFP MISI MENYELAMAT: Sekumpulan pendatang dipindahka­n kelmarin, dari ke kapal perang Sepanyol Santa Maria ke kapal Aquarius (NGO) oleh SOS Mediterran­ean.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia