Utusan Borneo (Sarawak)

255 pendatang diselamatk­an di luar pantai Libya

-

ROM: Kira-kira 255 orang pendatang telah diselamatk­an malam semalam di Mediterran­ean di luar pantai Libya, hanya sebelum satu keadaan cuaca buruk melanda kawasan tersebut, menurut pihak pengawal pantai Itali kelmarin.

Organisasi bukan kerajaan Proactiva Open Arms telah menemui sebuah bot getah membawa 134 orang, termasuk tujuh orang kanak-kanak, pada malam Isnin. Mereka telah dipindahka­n ke kapal penyelamat Aquarius yang dijalankan oleh sebuah badan NGO lain, SOS Mediterran­ee, sebelum dibawa ke Pozzallo di Sicily.

Sebuah kapal tentera dari operasi anti-penyeludup­an Eropah Sophie turut menyelamat­kan 121 orang di dalam dua buah bit lain, menurut pihak pengawal pantai.

Menurut kepada akhbar Itali La Repubblica, penyeludup telah menurunkan harga bagi satu perjalanan menyeberan­gi kepada 400 euro seorang, dalam bahagian berpunca dari cuaca musim sejuk yang teruk, namun mereka masih lagi memadatkan seramai pendatang yang mungkin ke dalam bot.

Dalam ucapan Krismas biasa beliau pada Isnin lepas, Pope Francis telah menggesa orang ramai di seluruh dunia agar tidak melupai permintaan pendatang, yang telah “meninggalk­an negara mereka” kerana pemimpin yang sanggup untuk menumpahka­n “darah orang yang tidak berdosa”.

Tiada sesiapa yang harus merasakan “terdapat tiada ruang bagi mereka d Bumi ini,” Francis memberitah­u berpuluh ribu orang penganut yang berkumpul di Vatican bagi ucapan Krismas biasa beliau “Urbi et Orbi”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia