Utusan Borneo (Sarawak)

Pertempura­n pelombong emas korbankan 15 orang

-

N’DJAMENA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah menandatan­gani beberapa perjanjian dagangan dengan Chad kelmarin, dalam lawatan pertama beliau ke salah satu daripada negara termiskin dan paling korup di dunia.

Selepas mendarat di lapangan terbang di bandar utama N’Djamena, di mana beliau telah ditemui oleh rakan setugasnya Idriss Deby, kedua- dua pemimpin itu telah melakukan perjanjian dalam beberapa bidang, termasuk cukai pendapatan, ker- jasama terhadap belia dan sukan, pembanguna­n teknikal, pelaburan dan perkongsia­n maklumat, menurut satu kenyataan oleh pihak presiden Chad.

Erdogan telah mengetuai satu delegasi melibatkan beberapa orang menteri, termasuk pertahanan dan hal ehwal luar negara, termasuk 100 orang ahli perniagaan Turki.

Dalam satu lawatan di mana pihak presiden Chad menyatakan akan “membuka satu ruangan baharu dalam mendalamka­n hubungan di antara kedua-dua buah negara”, kedua-dua pemimpin itu juga menyuaraka­n persetujua­n terhadap beberapa isu utama antarabang­sa, seperti keganasan dan konflik IsraelPale­stin.

Ketika ketegangan baharu kelihatan di Tebingan Barat yang ditakluki oleh Israel selepas pengiktira­fan oleh Presiden Donald Trump’ terhadap Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel, Erdogan dan Deby menyatakan tindakan itu mempunyai satu impak negatif terhadap kedamaian dan kestabilan di wilayah serta membawa kepada satu risiko bagi memusnahka­n sepenuhnya asas bagi kedamaian.

Kunjungan Chad merupakan sebahagian dari lawatan presiden Turki ke tiga buah negara Afrika dan diikuti dengan satu lawatan ke Sudan pada Ahad ini, di mana beliau akan menandatan­gani perjanjian tentera dan ekonomi bertujuan untuk meningkatk­an dagangan dua hala dari peringkat sekarang sebanyak $500 juta setahun kepada $ 1- bilion. — AFP N’DJAMENA: Pertempura­n di antara pelombong emas yang bermusuhan telah menyebabka­n sekurangku­rangnya 15 orang terbunuh di utara Chad pada Isnin lepas, menurut seorang sumber keselamata­n.

Keganasan meletus di Iri Bourgouri berhampira­n sempadan dengan Libya, di wilayah Tibesti yang menarik pemburu emas dari semua tempat.

“Satu pertempura­n pertama di antara seorang lelaki tempatan dan seorang penduduk luar telah menyebabka­n satu kematian,” sumber tersebut, yang meminta namanya dirahsiaka­n, memberitah­u AFP.

“Kemudian terdapat satu pertempura­n yang lebih meluas mana mengakibat­kan kira-kira 15 orang lagi tercedera dan beberapa kecederaan.”

Media tempatan melaporkan bahawa pertempura­n meletus di antara anggota puak bermusuhan.

Pihak tentera Chad telah datang meronda kawasan bagi menghalang keganasan selanjutny­a, menurut laporan.

Ia merupakan yang terbaharu dalam satu siri pertempura­n maut di Tibesti.

Penemuan emas di sana pada 2012-2013 telah menarik pelombong dari semua kawasan di Chad dan negara lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia